Jabatan Teknologi Komunikasi Dan Rangkaian | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» MENGENAI KAMI » Jabatan » Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian

Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian

Pengenalan

Penubuhan fakulti pada 1 Oktober 1998 telah menjurus pada pembentukan Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian.

 
Objektif

Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian ditubuhkan bertujuan untuk:-

  1. Menyedia dan menawar kursus-kursus berkaitan dengan Rangkaian Komputer dan Komputeran Selari dan Teragih yang memainkan peranan utama dalam pembangunan semasa sistem aplikasi rangkaian.
  2. Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam mereka bentuk dan menganalisa rangkaian yang dapat membantu memacu pembangunan prasarana sistem rangkaian di Malaysia bagi menjayakan aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC).
  3. Menyediakan ramai pakar berkemahiran dalam pembangunan dan pengurusan sistem rangkaian mengikut kesesuaian teknologi rangkaian terkini seperti komputeran grid, rangkaian tanpa wayar dan mudah alih serta pengkomputan berprestasi tinggi.
  4. Menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan dalam bidang rangkaian, Komputeran Selari dan Teragih serta rangkaian tanpa wayar dan nudah alih.

 
Program Akademik

Jabatan ini menawarkan program pengajian Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer). Hasil pembelajaran dalam program ini pelajar dapat menguasai pengetahuan, kemahiran teknikal dan keusahawan dalam bidang rangkaian komputer. Pelajar akan didedahkan untuk berfikir secara kritis, berkomunikasi dengan efisen supaya dapat mempamerkan tahap profesionalisme, sikap dan beretika rangkaian yang tinggi.

 
Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer)

Program Ijazah ini menekankan pelajar kepada prinsip-prinsip utama infrastruktur dan perisian rangkaian dalam mereka bentuk sistem komunikasi dan telekomunikasi. Ini termasuk teknik terkini dalam merekabentuk sistem rangkaian, teknik pengurusan dan penyelenggaraan sistem rangkaian yang selamat, penggunaan persekitaran rangkaian setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas dan isu-isu penting dalam mereka bentuk sistem persekitaran rangkaian.

 
Struktur Kurikulum

Program dibahagikan kepada lima komponen iaitu kursus universiti, teras, pengkhususan, elektif pengkhususan dan modul bebas. Komponen kursus universiti terdiri daripada 21 kredit, modul teras adalah 54 kredit, pengkhususan adalah 24 kredit, elektif pengkhususan adalah 12 kredit dan modul bebas adalah 12 kredit. Jumlah keseluruhan kredit untuk bergraduat ialah 123 kredit tidak termasuk 2 kredit kursus ko-kurikulum.

»   Kursus Universiti (21 kredit)

  • BBI2423- Academic Interaction and Presentation
  • BBI2424- Academic Writing
  • KOM3403- Pengucapan Awam 
  • MGM3180- Asas Keusahawanan
  • PRT2008- Pertanian dan Manusia
  • SKP2101- Kenegaraan Malaysia
  • SKP2203- Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  • SKP2204- Hubungan Etnik

 »   Modul Teras (54 kredit)

  • SSK3003- Struktur Diskret
  • SSK3100- Pengaturcaraan Komputer I
  • SSK3101- Pengaturcaraan Komputer II
  • SSK3118- Struktur Data dan Algoritma
  • SSK3207- Organisasi Komputer dan Bahasa Himpunan
  • SSK3313- Sistem Pengoperasian
  • SSK3408- Pembangunan Aplikasi Pangkalan Data
  • SSE3001- Pengenalan kepada Kejuruteraan Perisian
  • SIM4207- Etika dalam Pengkomputeran
  • SKR3200- Komunikasi dan Rangkaian Komputer
  • MTH3100- Kalkulus
  • SKR4901- Latihan Industri
  • SKR4949- Projek Bacelor

»    Pengkhususan (27 kredit)

  • SKR3201- Antara Rangkaian
  • SKR3309- Protokol Rangkaian
  • KR3202- Pengkomputan Selari dan Teragih
  • SKR3303- Pengaturcaraan Rangkaian
  • SKR3308- Pengaturcaraan Selari dan Teragih
  • SKR3504- Analisis dan Reka Bentuk Rangkaian
  • SKR4200- Keselamatan Rangkaian
  • SKR4301- Pengurusan Rangkaian
  • SKR4401- Sistem Teragih

   »   Elektif Pengkhususan (Pilih sekurang-kurangnya 9 kredit)

  • SSK3102-Pengaturcaraan Sistem Terbenam
  • SKR4201- Rangkaian Kelajuan Tinggi
  • SKR4202- Pengkomputan Prestasi Tinggi
  • SKR4305- Sistem Pengoperasian Teragih
  • SKR3307- Pengaturcaraan Shell
  • SKR4205- Rangkaian Wayarles dan Bergerak
  • SKR4307- Aplikasi Bergerak
  • SKR4403- Pengkomputeran Grid
  • SKR3306- Pengaturcaraan C++
  • SSE3202- Interaksi Manusia-Komputer
  • SKR4404- Pengkomputeran Awan

 »   Modul Bebas (Pilih sekurang-kurangnya 12 kredit)

  • Pelajar dikehendaki memilih sekurang-kurangnya 12 kredit daripada mana-mana kursus termasuk satu kursus bahasa selain Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris dengan kebenaran Ketua Jabatan

Prospek Pekerjaan     

Graduan pengkhususan Rangkaian Komputer boleh memilih pekerjaan seperti:-

  • »   Pengurus Projek Rangkaian
  • »   Jururekabentuk Infrastruktur Rangkaian
  • »   Jurutera Rangkaian dan Perisian
  • »   Penganalisis Rangkaian dan Sistem Teragih
  • »   Usahawan Perisian Rangkaian
  • »   Pembangun Aplikasi Mudah Alih
  • »   Pengaturcara Rangkaian dan Sistem Selari
  • »   Perunding Rangkaian
  • »   Penganalisis Keselamatan Rangkaian
  • »   Penyelidik
  • »   Ahli Akademik

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.


Kemaskini:: 02/02/2016 [farahdeena]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDdUA3~