Client's Charter | Faculty of Computer Science and Information Technology
» ABOUT US » Faculty Information » Client's Charter

Client's Charter

1. Memastikan makmal komputer dibuka pada masa dan hari seperti berikut:

      Isnin hingga Khamis  -  8.00 pagi hingga 10.00 malam
      Jumaat -  8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
           2.30 petang hingga 10.00 malam
      Sabtu dan Ahad -  10.00 pagi hingga 5.00 petang
      * Cuti AM/Umum  -  Tutup

2. Gangguan perkhidmatan komputer dalam makmal akan dibaiki dalam tempoh satu hari sebaik sahaja laporan kerosakan diterima.

3. Menjamin pelajar dapat berjumpa pensyarah dalam waktu perundingan yang telah ditetapkan oleh pensyarah berkenaan.

4. Memastikan semua keputusan peperiksaan dan ujian dapat dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dari tarikh peperiksaan/ujian.

5. Memastikan pelajar mendapat peluang dalam memberikan maklum balas yang teratur berkaitan dengan urusan-urusan perkhidmatan yang ditawarkan oleh fakulti. 

6. Semua surat-surat rasmi yang berkaitan dengan pengesahan untuk perkhidmatan pelajar disiapkan dalam tempoh satu hari bekerja.

7. Semua maklum balas kepada kemusykilan dan pertanyaan daripada pelanggan dalam universiti dan luar universiti akan dijawab secara cepat dan berkesan.

8. Semua urusan dan perkhidmatan percetakan akan disiapkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

9. Dokumen-dokumen penting seperti soalan peperiksaan dijamin keselamatannya daripada terlepas atau bocor kepada pihak yang tidak berkenaan.

10. Menjamin layanan kepada pelanggan dalam suasana mesra dan ceria serta sentiasa bersedia membantu.



Updated:: 17/03/2016 [farahdeena]

MEDIA SHARING

Faculty of Computer Science and Information Technology
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 89466555
03 89466576
C1505924566