FCSIT Client's Charter | Faculty of Computer Science and Information Technology
» ABOUT US » Faculty Information » FCSIT Client's Charter

FCSIT Client's Charter

1.  Memastikan Makmal Komputer dibuka pada masa dan hari seperti berikut :

  •  Isnin hingga Khamis

           8.00 pagi hingga 10.00 malam

  •  Jumaat

           8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

           2.45 petang hingga 10.00 malam

  •  Sabtu dan Ahad

           10.00 pagi hingga 5.00 petang

  •  Cuti Kelepasan Am / Umum - TUTUP

 

2.  Memastikan aduan kerosakan, perkhidmatan dan maklum balas pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari selepas aduan diterima.

3.  Memastikan pelajar dapat berjumpa pensyarah dalam waktu perundingan yang telah ditetapkan oleh pensyarah berkenaan.

4.  Memastikan keputusan ujian pertama (1) dikeluarkan pada akhir minggu ketujuh (7), kedua (2) akhir minggu ke 12 dan peperiksaan akhir dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh peperiksaan.

5.  Memastikan pelajar dapat memberikan maklum balas berkaitan urusan dan perkhidmatan melalui borang maklum balas pada laman web.

6.  Memastikan surat rasmi yang berkaitan dengan pengesahan pelajar dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari selepas menerima permohonan.

7.  Semua maklum balas kemusykilan dan pertanyaan pelanggan dari dalam dan luar universiti akan dijawab secara cepat dan berkesan.

8.  Urusan dan perkhidmatan percetakan akan disiapkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

9.  Memastikan keselamatan soalan peperiksaan daripada dibocorkan kepada pihak yang tidak berkenaan.

10.  Memberikan layanan mesra dan sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan.

 

Disahkan dalam Mesyuarat Pengurusan FSKTM pada 9 Mac 2018.

Updated:: 04/05/2018 [mohdfauz]

MEDIA SHARING

Faculty of Computer Science and Information Technology
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97696501
03 89466576
C1542828943