Kesetaraan kursus untuk program Bacelor Sains Komputer
Proses Permohonan Kesetaraan Kursus
1. Pelajar diingatkan supaya membuat kesetaraan kursus pada awal semester supaya proses pembelajaran pelajar dapat berjalan dengan lebih lancar.
2. Jumlah maksimum pemindahan kredit untuk kesetaraan kursus tidak boleh melebihi 30% daripada jam kredit untuk sesuatu program yang sedang diikuti.
3. Kesetaraan kursus sesuatu kursus boleh dibuat jika pelajar dapat membuktikan bahawa beliau telah menjalani kursus yang sama atau kandungan kursusnya setara dan mendapat kelulusan yang diperlukan.
4. Pelajar yang ingin memohon kesetaraan kursus dikehendaki menyemak senarai kursus di sini dan membuat permohonan terus ke dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) beserta salinan transkrip/keputusan peperiksaan.
5. Semak status permohonan di dalam SMP LULUS/GAGAL.
Panduan Umum Permohonan Kesetaraan Kursus FSKTM bagi Tujuan Pemindahan Kredit
Bagi pelajar yang berhasrat memohon pemindahan kredit, boleh rujuk senarai kursus yang telah diluluskan kesetaraannya seperti dipaparkan di laman web FSKTM,
Updated:: 27/10/2023 [akmalhafiz]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan