Kesetaraan Kursus | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» AKADEMIK » Pra Siswazah » Kesetaraan Kursus

Kesetaraan Kursus

Kesetaraan kursus untuk program Bacelor Sains Komputer

Proses Permohonan Kesetaraan Kursus

1. Pelajar diingatkan supaya membuat kesetaraan kursus pada awal semester supaya proses pembelajaran pelajar dapat berjalan dengan lebih lancar.

2. Jumlah maksimum pemindahan kredit untuk kesetaraan kursus tidak boleh melebihi 30% daripada jam kredit untuk sesuatu program yang sedang diikuti.

3. Kesetaraan kursus sesuatu kursus boleh dibuat jika pelajar dapat membuktikan bahawa beliau telah menjalani kursus yang sama atau kandungan kursusnya setara dan mendapat kelulusan yang diperlukan.

4. Pelajar yang ingin memohon kesetaraan kursus dikehendaki menyemak senarai kursus di sini dan membuat permohonan terus ke dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) beserta salinan transkrip/keputusan peperiksaan. 

5. Semak status permohonan di dalam SMP LULUS/GAGAL.
 

 

 

Panduan Umum Permohonan Kesetaraan Kursus FSKTM bagi Tujuan Pemindahan Kredit

 

Bagi pelajar yang berhasrat memohon pemindahan kredit, boleh rujuk senarai kursus yang telah diluluskan kesetaraannya seperti dipaparkan di laman web FSKTM,

  1. Jika kursus yang dipohon tersenarai maka fakulti akan memproses permohonan sesegera mungkin sebelum tarikh tamat proses, iaitu Minggu ke-7 semester semasa.
  2. Sebaliknya, sekiranya kursus yang hendak dimohon tiada dalam senarai, anda boleh memohon dengan melampirkan silibus kursus dari IPT terdahulu. Proses semakan kesetaraan kursus ini akan mengambil masa sedikit, kerana perlu melalui semakan di peringkat jabatan, kemudian diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Peringkat Fakulti, sebelum diluluskan di peringkat Jawatankuasa Penilaian Kesetaraan Akademik Universiti.
  3. Kursus boleh dipertimbangkan kesetaraan jika memenuhi syarat berikut:
    • Kursus dari IPT terdahulu mempunyai bilangan kredit yang sama atau melebihi kursus FSKTM yang dipohon.
    • Bagi kursus UPM yang mempunyai amali (kredit +1), kursus di IPT terdahulu juga perlu ada elemen praktikal (boleh dilihat jam praktikal/amali dalam silibus kursus).
    • Bagi kursus pengaturcaraan, kedua-dua kursus adalah setara jika menggunakan bahasa pengaturcaraan yang sama.
    • Kursus dikira setara jika kandungan kursus/topik sekurang-kurangnya 80% setara.
  4. Rujuk di sini. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 27/10/2023 [akmalhafiz]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDcVA7~