Kerangka Sistem DHB Pemangkin Kejayaan Masa Depan | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Kerangka sistem DHB pemangkin kejayaan masa depan

Kerangka sistem DHB pemangkin kejayaan masa depan

*Artikel ini disiarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

 

Digital hub belia (DHB) adalah satu konsep atau pelantar bagi membolehkan golongan belia memperolehi semua maklumat atau pengetahuan secara elektronik bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka di samping menjimatkan masa, tenaga dan kos tertentu bagi semua urusan agar dapat berjalan dengan lancar dan sistematik.

 

Di dalam konteks ini, teknologi revolusi perindustrian (IR) 4.0 seperti pengkomputeran awan, kecerdasan buatan, kenyataan masa nyata dan data raya boleh dikembang luaskan bagi membantu golongan belia menjalankan urusan mereka secara automatik dan sistematik.

 

Secara amnya, gagasan atau kerangka DHB ini boleh dikategorikan sebagai sistem aplikasi setempat atau portal yang mengandungi pelbagai sistem aplikasi seperti sistem pembelajaran secara atas talian atau fizikal seperti di sekolah dan universiti.

 

Ia kemudiannya diikuti dengan sistem perniagaan atau sistem membeli-belah secara atas talian, dan seterusnya pengenalan kepada sistem kekeluargaan dan peningkatan sistem kerjaya mereka, serta sistem permainan dan sosial yang berlaku secara maya atau fizikal atau secara kedua-duanya sekali yang dipanggil sebagai sistem hibrid.

 

.... ikuti artikel selanjutnya di Harian Metro

 

Foto: Prof. Ts. Dr. Rusli Hj Abdullah

 

Penulis adalah Profesor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Penyelidik Bersekutu di Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM

 

Sumber: Harian Metro

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 04/04/2022 | Kemaskini: 04/04/2022 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDdDAj~