MySejahtera Sebagai Alatan Sokongan Masa Kini | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » MySejahtera Sebagai Alatan Sokongan Masa Kini

MySejahtera Sebagai Alatan Sokongan Masa Kini

 

*Artikel ini disiarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

 

PENULARAN wabak Covid-19 menjadi cabaran utama sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Ia menjadi satu pandemik yang perlu diatasi dan dikawal oleh semua pihak.

Dengan kemunculan wabak ini, pelbagai inisiatif dikenalpasti dan dilaksanakan bagi menyekat penyebarannya yang mengakibatkan pergerakan kita terpaksa dikawal.

Terdapat pelbagai langkah drastik dan dinamik diperkenalkan oleh pihak bertanggungjawab khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengawal dan memantau penyebaran Covid-19 ini.

Inisiatif itu termasuklah memperkenalkan Tatacara Pengoperasian Piawaian (Standard Operating Procedure - SOP) membabitkan semua warga negara.

SOP ini perlu dipatuhi dan diikuti sebagai peraturan dan langkah berjaga-jaga atau dipanggil sebagai keadaan 'kita jaga kita'.

Di dalam konteks SOP itu, satu daripada keperluan kita ialah mengguna pakai aplikasi sistem pengurusan maklumat berkomputer yang dihubungkan melalui sistem rangkaian setempat dan global.

Aplikasi ini menggunakan peranti komputer mudah alih atau lebih popular dengan menggunakan capaian telefon pintar kepada pelayan komputer utama di KKM secara atas talian.

Sistem ini lebih dikenali sebagai MySejahtera yang dapat diguna pakai dengan menginstalasikannya di dalam peranti telefon pintar pengguna iaitu selepas memuat turun aplikasi melalui enjin pencarian biasa seperti Google Search, Play Store dan sebagainya.

Sebagai sistem aplikasi berkomputer, MySejahtera mempunyai pelbagai fungsi yang amat berkesan bagi membolehkan pengguna mengurus, memantau dan membantu di antara satu sama lain supaya dapat mematuhi SOP dan melaporkan sebarang tanda awalan membabitkan penyebaran Covid-19 ini kepada pihak bertanggungjawab.

 

.... ikuti artikel selanjutnya di Harian Metro

 

Foto: Penulis adalah Profesor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia

 

 

Sumber: Harian Metro

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 20/01/2022 | Kemaskini: 20/01/2022 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDcVAO~