ChatGPT Sebagai Wadah Baharu Mempertingkatkan Kualiti Kehidupan Masyarakat | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » ChatGPT Sebagai Wadah Baharu Mempertingkatkan Kualiti Kehidupan Masyarakat

ChatGPT Sebagai Wadah Baharu Mempertingkatkan Kualiti Kehidupan Masyarakat

 

 

 

ChatGPT sebagai wadah baharu mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat

 

KEMUNCULAN teknologi terbaharu (emerging technology) melalui perkembangan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak boleh dinafikan atau disangkal lagi.

Terutama membabitkan penggunaan pelbagai teknologi untuk mempercepat dan memudahkan sebarang urusan bagi meningkatkan taraf kualiti kehidupan semasa masyarakat ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan (knowledge society) atau juga dikenali sebagai masyarakat 5.0 (society 5.0).

 

Situasi ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek penggunaan teknologi yang membabitkan pelbagai urusan kehidupan di dalam setiap aktiviti kemasyarakatan seperti aspek perniagaan, pendidikan, pengangkutan, keselamatan sosial, kesihatan, kesukanan dan lain-lain lagi.

Semuanya ini banyak membantu masyarakat bagi mendapat, mengolah dan menyebarkan pengetahuan yang berbentuk digital untuk manfaat kepada semua pihak dengan lebih mesra pengguna dan bersistematik.

Sebagai contoh, pengguna kini boleh mendapatkan pengetahuan dengan bukan saja daripada sumber Internet dengan menggunakan enjin pencarian (search engine) seperti Google tetapi juga boleh menggunakan alatan kecerdasan buatan seperti ChatGPT.

Peranan kecerdasan buatan di dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat

 

Peranan kecerdasan buatan di dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat dapat dilihat di dalam beberapa aspek atau tingkah laku kehidupan.

Umpamanya di dalam konteks pendidikan yang membabitkan penggunaan ChatGPT di mana ianya dapat membantu pelajar, pendidik dan ahli masyarakat bagi memahami sesuatu pengetahuan dengan mudah dan berstruktur berbanding dengan penggunaan enjin pencarian biasa di Internet.

Seterusnya, ia dapat membantu mereka yang terbabit untuk mengurus sesuatu urusan pembelajaran dan pengajaran dengan sokongan alatan ini secara bersistemik yang mana proses pengoperasian boleh berlaku secara pendigitalan atau melalui sistem pintar.

 

 

 ... ikuti artikel selanjutnya di Harian Metro (4 Ogos 2023)

 

 

 

Rusli

Foto: Prof. Ts. Dr. Rusli Hj Abdullah

  Penulis merupakan profesor di Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 11/08/2023 | Kemaskini: 11/08/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdOAF~