Teknologi AI Bakal Kuasai Karya Digital | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Teknologi AI Bakal Kuasai Karya Digital

Teknologi AI Bakal Kuasai Karya Digital

 

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) menjadi perbualan hangat sejak kebelakangan ini. Industri seni dan kreatif terutama dalam penghasilan karya seni digital juga tidak terkecuali terkesan akibat daripada perkembangan terkini teknologi berkenaan.

Algoritma canggih teknologi generatif AI membolehkan karya digital berkualiti tinggi dapat dihasilkan kurang daripada lima minit dengan beberapa baris ayat perintah dan klik butang sahaja.

Antara penggunaan menarik daripada teknologi generatif AI adalah reka bentuk media grafik digital.

Teknologi generatif AI juga mampu menghasilkan grafik digital yang berkualiti sehingga sukar dibezakan dengan karya asli dihasilkan manusia.

Penghasilan grafik sedemikian melalui teknologi AI telah menarik perhatian para pencipta karya digital, khususnya mereka yang bekerja dalam bidang grafik dan fotografi.

Ia mencetuskan perbahasan serta fenomena baharu pada era digital IR4.0 ini.

Antara isu yang menjadi perhatian, adakah teknologi generatif AI ini bakal menggantikan skop kerja tertentu sehingga mampu mengambil alih pekerjaan tertentu yang selama ini didominasi oleh individu?

Berdasarkan prinsip algoritma AI, ia boleh digunakan untuk membuat pelbagai ilustrasi, mengubah suai foto dan menghasilkan efek khusus yang menarik.

Besar kemungkinan kita dapat menyaksikan perubahan drastik dalam sektor pekerjaan.

Perubahan ini membolehkan mereka yang kurang mahir dalam reka bentuk grafik berupaya menghasilkan karya yang unik.

Perubahan sedemikian bakal memberikan kesan terhadap pereka bentuk grafik profesional sedia ada.

Dalam masa sama, para majikan mengambil peluang melalui teknologi berkenaan untuk mengurangkan kos tenaga kerja.

Majikan berpotensi menghasilkan hasil grafik yang mempunyai kualiti hampir sama melalui penggunaan teknologi AI dengan kos operasi lebih rendah.

 

 

... ikuti artikel selanjutnya di Kosmo (2 Ogos 2023)

 

 

Foto: Dr. Nuur Alifah binti Roslan

Penulis merupakan pensyarah di Jabatan Multimedia, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 11/08/2023 | Kemaskini: 11/08/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdEA2~