Teknologi Terbaharu Mudahkan Proses Kemasukan Pelajar Ke IPT | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Teknologi terbaharu mudahkan proses kemasukan pelajar ke IPT

Teknologi terbaharu mudahkan proses kemasukan pelajar ke IPT

 

 

 

MUSIM kemasukan pelajar baharu ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi peringkat ijazah sarjana muda, terutama di universiti awam (UA) kini menjelang tiba. Hampir semua UA termasuk IPT swasta sudah membuat keputusan untuk memulakan sesi pengajian atau semester baharu mereka dalam tempoh terdekat.

 

Berbanding dahulu, proses kemasukan ke IPT kali ini dibuat sepenuhnya dalam talian. Ia bermula dengan fasa permohonan yang mensyaratkan semua data berkaitan dimuat naik secara digital. Proses ini menjadikan semua pemohon melalui pengalaman penggunaan teknologi terbaharu yang biasanya dilengkapi dengan sistem pintar dan data raya. Ia membolehkan pelajar sebagai pengguna akhir memanfaatkan sistem automasi berasaskan sambungan komputeran global atau awan yang boleh dicapai di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

 

Kaedah seperti ini pada masa sama memudahkan pihak berkepentingan atau bertanggungjawab membuat tawaran kepada pelajar ke universiti pilihan mereka selepas membuat pertimbangan dan keputusan secara digital. Mereka tidak perlu lagi memasukkan semula data permohonan pelajar di universiti pilihan masing-masing.

 

Hal ini memudahkan urusan dan seterusnya surat tawaran boleh dikeluarkan juga dalam talian kepada pelajar.

 

Dalam hal ini peranan teknologi baharu, terutama sistem pengurusan pelajar bersepadu secara pintar yang dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem pangkalan data raya dilihat mampu menyokong urusan kemasukan pelajar ke universiti. Ia juga memudahkan, menjimatkan masa dan kos.

 

Di samping itu, bagi sistem yang dilengkapi dengan teknologi AI juga mampu membantu pelajar membuat pilihan dengan tepat dan sejajar minat serta kelulusan dimiliki.

 

Di Malaysia, sistem aplikasi dalam talian yang disediakan Unit Pusat Universiti (UPU) adalah kaedah yang digunakan oleh pelajar bagi membuat permohonan memasuki universiti.

 

Pantau status semakan

Dalam masa sama, pelajar juga boleh menggunakan sistem UPU ini untuk membuat pemantauan terhadap status dan semakan keputusan bagi kemasukan ke universiti pilihan masing-masing.

 

Menerusi penggunaan teknologi baharu juga, pihak berkepentingan boleh menggunakan analisis data diperoleh untuk memahami pola permohonan dan prestasi pelajar.

 

Ini termasuk membolehkan pihak universiti misalnya membuat keputusan dengan lebih baik dalam proses kemasukan dan memastikan pelajar yang layak diterima atau ditawarkan sahaja mendapat peluang berkenaan.

 

.

.

.

... ikuti artikel selanjutnya di Berita Harian (13 September 2023)

 

 

 

Penulis adalah Profesor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM); Pemikir Penyelidikan di Institut Kajian Sains Sosial (IPSAS), UPM dan Timbalan Pengerusi, Kluster ICT, Majlis Profesor Negara

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 15/09/2023 | Kemaskini: 15/09/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdNAI~