Minggu Sains Komputer | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Minggu Sains Komputer

Minggu Sains Komputer

Oleh: Azman Zakaria

SERDANG, 3 Mei - Kira-kira 40 orang anak gelandangan dirai dan didedahkan dengan perkara asas berkaitan ilmu teknologi maklumat (IT) dan pengaturcaraan komputer dalam satu bengkel celik IT di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini.

 

Bengkel itu yang diadakan bersempena Minggu Sains Komputer pada 2-4 Mei dan ulang tahun ke-20 (FSKTM), bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak itu mengetahui pengaturcaraan komputer.

 

Kanak-kanak gelandangan berumur antara 9 dan 15 tahun dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur itu diberi tunjuk ajar oleh pelajar-pelajar daripada Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (ComSSA).

 

Pemilihan kanak-kanak itu dilakukan bersama oleh FSKTM dan Institut Onn Jaafar Kuala Lumpur.

Juga diadakan pertunjukan dan sesi bertemu Superhero iaitu Iron Man, Spider-Man dan Power Man, untuk menceriakan anak-anak gelandangan itu.

 

Bersempena Minggu Sains Komputer itu, turut diadakan bengkel Data Analytics Using RapidMiner, untuk pelajar khususnya pelajar FSKTM untuk mereka mempelajari bagaimana analisis data membantu sesebuah organisasi mengenalpasti trend dan corak sesebuah data, dalam membuat keputusan.

 

Ketua bengkel Data Analytics Using RapidMiner dan celik IT, Dr Iskandar Ishak yang juga pensyarah kanan FSKTM, berkata bengkel Data Analytics Using RapidMiner itu yang ditaja oleh Quandatics bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemahiran Data Analytics dan data sains yang akan dapat menambah kebolehpasaran mereka.

 

Katanya, kemahiran dalam Data Analytics akan membantu mereka lebih memahami “insight” data yang akan membantu organisasi membuat keputusan.

Acara lain Minggu Sains Komputer itu ialah mini kolokium untuk pelajar-pelajar doktor falsafah (PhD) masters membentangkan kertas kerja serta ceramah berkenaan trend terkini berkaitan IT seperti big data analytics Internet of Things (IoT). - UPM

Tarikh Input: 17/05/2018 | Kemaskini: 13/11/2018 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDdMA0~