Pensyarah UPM Terima Pengiktirafan Certified Green Computing Instructor (GCI) | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pensyarah UPM terima pengiktirafan Certified Green Computing Instructor (GCI)

Pensyarah UPM terima pengiktirafan Certified Green Computing Instructor (GCI)

Pensyarah UPM terima pengiktirafan GCI. klik sini...

 

 

 

 

SERDANG, 4 Nov – Lapan pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dianugerahkan sijil Certified Green Computing Instructor yang diiktiraf dunia.

Ahli akademik FSKTM yang menerima pensijilan tersebut iaitu Prof. Madya Dr. Lili Nurliyana Abdullah, Dr. Azrul Hazri Jantan, Dr. Lily Suriani Affendy, Dr. Iskandar Ishak, Dr. Azizol Abdullah, Dr. Zyurina Mohd Hanapi, Dr. Jamilah Din dan Dr. Rozi Nor Haizan Nor.

Dekan FSKTM, Prof. Dr. Ramlan Mahmod berkata pengiktirafan itu membolehkan tenaga pengajar  UPM  untuk mengajar di mana-mana badan berkaitan teknologi maklumat (IT) sama ada swasta atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Pengiktirafan ini meningkatkan kualiti tenaga pengajar UPM serta memupuk perkongsian sektor swasta dan universiti untuk mengalakkan pengajar dan pengajaran; penyelidikan serta perkongsian ilmu,” katanya pada majlis penyampaian sijil Certified Green Computing Instructor.

Sementara itu, Prof. Dr. Ramlan berkata UPM bersama Green Computing Initiative (GCI) akan mempelopori inisiatif penggunaan Teknologi Hijau dengan perlantikan FSKTM sebagai Regional Green IT Academy (RGITA) untuk serantau  Asia Tenggara.

“Ini membolehkan individu yang mengikuti kursus-kursus berkaitan Green Technology yang dikendalikan oleh pelatih UPM,” katanya.

Selain itu, FSKTM turut akan menawarkan satu subjek elektif kepada semua pelajar UPM serta meningkatkan pendidikan terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Teknologi Hijau.

ICT Teknologi Hijau bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik dan memanjangkan jangka hayat penggunaan ICT. Selain itu, ianya untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan serta meningkatkan daya saing teknologi hijau di persada antarabangsa.

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 09/11/2018 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDcSAp~