PERTANDINGAN IHL-MSC MALAYSIA STAR | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » PERTANDINGAN IHL-MSC MALAYSIA STAR

PERTANDINGAN IHL-MSC MALAYSIA STAR

IHL-MSC

 

 

TAHNIAH KEPADA FSKTM YANG MENJADI JUARA DALAM PERTANDINGAN IHL-MSC MALAYSIA STARTUP CHALLENGE 2013/2014
 
IHL-MSC Malaysia Startup Challenge 2013/2014 adalah pertandingan IT terbuka kepada pelajar di institusi pengajian tinggi untuk menggalakkan keusahawanan dan inovasi dalam membangunkan produk IT.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua iaitu perancangan bisnes dan idea bisnes. Pertandingan ini dianjurkan oleh MDEC, Malaysia dan Unit Keusahawanan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Kumpulan WoCo daripada FSKTM, UPM terdiri daripada Ahmad Wazizi Samsudin, Mohd Fadzli Razali, Muhammad Zaid Yusoff dan Dr Puteri Suhaiza Sulaiman berjaya merangkul juara dalam kategori perancangan bisnes. Mereka membawa pulang hadiah sebayak RM12,000.00 berserta trofi.
 
Selain itu, kumpulan Mobitop dan PHM juga wakil FSKTM, UPM berjaya memenangi video terbaik untuk kedua-dua kategori perancangan bisnes dan idea bisnes.
 
Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga kemenangan ini memberikan inspirasi kepada pelajar yang lain
 
Untuk maklumat lanjut, boleh lihat di:
  • Computerworld Malaysia Online, 24 July 2014
  • Digital News Asia, 24 July 2014
  • IT-Sideways, 23 July 2014

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 30/09/2019 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDcWAN~