Jabatan Sains Komputer | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» MENGENAI KAMI » Jabatan » Jabatan Sains Komputer

Jabatan Sains Komputer

Pengenalan

Jabatan Sains Komputer berhasrat untuk meningkatkan penyelidikan dan amalan dalam tiga bidang utama iaitu pangkalan data, pengkomputeran pintar dan keselamatan maklumat. Ia adalah sebuah jabatan yang berkembang pesat dengan program akademik sarjana muda yang memberi inspirasi dan rekod penyelidikan yang cemerlang.

Jabatan ini komited dalam menerajui pengajian tinggi kelas dunia dalam teknologi pengkomputeran dan melahirkan graduan yang mahir dan mampu untuk memenuhi keperluan Malaysia yang dinamik. Jabatan itu mempunyai komuniti staf akademik yang berpengalaman, mesra dan bersemangat yang sentiasa bersedia memberi panduan kepada pelajar dalam laluan mereka ke arah kecemerlangan.


Objektif

Jabatan ini telah ditubuhkan untuk:

  1. menghasilkan graduan yang berpengetahuan tinggi dalam teori serta aspek-aspek praktikal sistem komputer, terutama dalam penyelesaian masalah, pengurusan data dan keselamatan komputer bagi memenuhi keperluan negara,
  2. menghasilkan profesional komputer yang berhemah dan beretika tinggi, dan
  3. menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk penyelidikan dan pengajian lanjutan.

 
Program Akademik

Jabatan Sains Komputer menawarkan program Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Sistem Komputer). Program bacelor ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang mantap dalam seni bina perkakasan, perisian, dan reka bentuk dan pembangunan aplikasi.


Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Sistem Komputer)

Walaupun sistem komputer meliputi kedua-dua perkakasan dan perisian, program ini memberi tumpuan kepada kemahiran pembangunan perisian, terutama kepada sistem pangkalan data, pengkomputeran pintar dan keselamatan maklumat. Perhatian yang sama juga diberikan kepada reka bentuk dan pembangunan perisian komputer dan aplikasi dalam pemprosesan maklumat.

Kajian mengenai seni bina komputer menyediakan pemahaman asas kepada struktur fizikal komputer, komponen komputer dan fungsi komputer. Pemahaman ini sangat penting supaya komputer dapat digunakan sebagai alatan yang berkuasa untuk menyimpan dan pemprosesan maklumat. Notasi atau formalisme maklumat harus disediakan terlebih dahulu sebelum memproses maklumat. Ini mencerminkan struktur maklumat dan aliran pemprosesan yang khusus, yang membawa kepada pembangunan aplikasi perisian yang menggambarkan struktur data, algoritma dan pendekatan pengaturcaraan yang diperlukan.

Dalam dunia sebenar, perlaksanaan aplikasi komputer adalah kompleks dan mencabar. Oleh itu, algoritma tertentu perlu dihasilkan dan digunakan. Maklumat dalam jumlah yang besar yang diuruskan memerlukan pengetahuan mengenai pengurusan maklumat, pentadbiran pangkalan data dan keselmatan maklumat. Selain daripada itu, alternatif penyelesaian masalah dengan menggunakan kecerdasan buatan, pemodelan sistem dan simulasi, dan teori pengiraan telah terangkum untuk melengkapkan kemahiran pengurusan maklumat pelajar.


Struktur Kurikulum

Program dibahagikan kepada lima komponen iaitu kursus universiti, modul teras, pengkhususan, elektif pengkhususan dan modul bebas. Komponen kursus universiti terdiri daripada 21 kredit, modul teras adalah 54 kredit, pengkhususan adalah 24 kredit, elektif pengkhususan adalah 12 kredit dan modul bebas adalah 12 kredit. Jumlah keseluruhan kredit untuk bergraduat ialah 123 kredit tidak termasuk 2 kredit kursus ko-kurikulum.

 »   Kursus Universiti (21 kredit)

  • BBI2423-Academic Interaction and Presentation
  • BBI2424-Academic Writing
  • KOM3403-Pengucapan Awam 
  • MGM3180-Asas Keusahawanan
  • PRT2008-Pertanian dan Manusia
  • SKP2101-Kenegaraan Malaysia
  • SKP2203-Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  • SKP2204-Hubungan Etnik

 

 »   Modul Teras (54 kredit)

  • SSK3003-Struktur Diskret
  • SSK3100-Pengaturcaraan Komputer I
  • SSK3101-Pengaturcaraan Komputer II
  • SSK3118-Struktur Data dan Algoritma
  • SSK3207-Organisasi Komputer dan Bahasa Himpunan
  • SSK3313-Sistem Pengoperasian
  • SSK3408-Pembangunan Aplikasi Pangkalan Data
  • SSE3001-Pengenalan kepada Kejuruteraan Perisian
  • SIM4207-Etika dalam Pengkomputeran
  • SKR3200-Komunikasi dan Rangkaian Komputer
  • MTH3100-Kalkulus
  • SSK4901-Latihan Industri
  • SSK4949-Projek Bacelor

 

 »   Pengkhususan (24 kredit)

  • SSK3102-Pengaturcaraan Sistem Terbenam
  • SSK4401-Sistem Pangkalan Data
  • SSK4505-Keselamatan Sistem Komputer
  • SSK4602-Komputeran Cerdas
  • SKR4307-Aplikasi Bergerak
  • SIM3251-Statistik bagi Sains Komputer
  • SSE4300-Pengurusan Projek Perisian
  • SSE3202-Interaksi Manusia-Komputer

 

 »   Elektif Pengkhususan (Pilih sekurang-kurangnya 12 kredit)

  • SSK4102-Pembangunan Sistem Terbenam
  • SSK4106-Reka Bentuk dan Analisis Algoritma
  • SSK4205-Reka Bentuk Pengkompil
  • SSK4207-Seni Bina Komputer
  • SSK4303-Reka Bentuk Sistem Pengoperasian
  • SSK4403-Pentadbiran Pangkalan Data
  • SSK4407-Analitik Bisnes
  • SSK4409-Analitik Data Besar
  • SSK4506-Keselamatan Pangkalan Data
  • SSK4507-Kriptografi
  • SSK4508-Forensik Komputer
  • SSK4604-Perlombongan Data
  • SSK4610-Sistem Berasaskan Pengetahuan
  • SSK4613-Pembelajaran Mesin dan Rangkaian Neural
  • SSK4617-Agen Komputeran
  • SSK4618-Pembangunan Sistem Robotik
  • SKR3202-Pengkomputeran Selari dan Teragih

 

 »   Modul Bebas (Pilih sekurang-kurangnya 12 kredit)

Pelajar dikehendaki memilih sekurang-kurangnya 12 kredit daripada mana-mana kursus termasuk satu kursus bahasa selain Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris dengan kebenaran Ketua Jabatan

Prospek Pekerjaan

Graduan Sistem Komputer mempunyai peluang pekerjaan yang baik di kedua-dua sektor awam dan swasta, terutamanya pekerjaan yang berkaitan dengan industri komputer. Jawatan tersedia untuk graduan termasuk:

  • »   Eksekutif Teknologi Maklumat
  • »   Penganalisis Sistem
  • »   Pembangun Aplikasi Web
  • »   Pembangun Perisian
  • »   Pegawai Sistem Maklumat
  • »   Jurutera Sistem
  • »   Pegawai Penyelidik
  • »   Perunding Perisian
  • »   Pengatur cara Komputer
  • »   Jurutera Pengurusan Pengetahuan
  • »   Penganalisis Data Kecerdasan
  • »   Perunding Keselamatan Sistem Komputer
  • »   Personnel Tindak balas Insiden dan Jenayah Komputer
  • »   Pentadbir Pangkalan Data
  • »   Pereka bentuk Pangkalan Data
  • »   Pembangun Aplikasi Mudah-alih

 

Graduan juga layak untuk meneruskan pengajian keperingkat siswazah.

 

 

Kemaskini:: 05/04/2022 [akmalhafiz]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDcVAa~