Majlis ICAN 2023 | Faculty of Computer Science and Information Technology
» NEWS » Majlis ICAN 2023

Majlis ICAN 2023

*Berita ini hanya disunting dalam Bahasa Malaysia sahaja.

 

PUTRAJAYA, Ogos 2023 - Pejabat TNC JINM dengan kerjasama Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti (ICAN) 2022/2023 bertempat di Everly Hotel, Putrajaya.

Majlis ICAN ini bertujuan untuk meraikan dan memberikan pengiktirafan kepada rakan industri/komuniti, staf dan seterusnya pelajar UPM yang telah melaksanakan projek JINM berimpak tinggi pada tahun 2021/2022.

 

Pelbagai anugerah telah dipertandingkan seperti Anugerah Rakan Industri/Komuniti Terbaik, Anugerah Projek JINM Terbaik (Staf dan Pelajar) dan Anugerah PTJ Terbaik.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. B. T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan telah dihadiri lebih daripada 100 orang.

Selain itu, Cik Nur Syahirah Mohd Razali dari Unit Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM juga berjaya memperoleh Anugerah Program Master Trainer Pengurusan JINM sesi 2023. Program ini  bertujuan untuk mengiktiraf pakar rujuk JINM dari kalangan pegawai bukan akademik luar daripada peneraju Pejabat TNCJINM, CiRNeT dan UCTC.

Seramai 54 pegawai dari pelbagai PTJ telah dinilai kompetensi mereka berkaitan pelaksanaan JINM di UPM. Tiga (3) bentuk penilaian telah dilaksanakan yang merangkumi soalan objektif, subjektif dan kajian kes dan akhirnya hanya lapan pegawai layak diiktiraf sebagai Master Trainer Pengurusan JINM bagi sesi 2023.

Tahniah kepada semua pemenang dan penerima sijil! Jumpa lagi di Majlis ICAN 2024/2025.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 30/08/2023 | Updated: 30/08/2023 | akmalhafiz

MEDIA SHARING

Faculty of Computer Science and Information Technology
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbQAY~