Manfaatkan ChatGPT Sebagai Agen Produktiviti Kerja | Faculty of Computer Science and Information Technology
» NEWS » Manfaatkan ChatGPT Sebagai Agen Produktiviti Kerja

Manfaatkan ChatGPT Sebagai Agen Produktiviti Kerja

 

*Berita ini disunting dalam Bahasa Malaysia sahaja.

 

 

 

SERDANG, 27 JUN – Prof. Ts. Dr. Rusli Haji Abdullah menyampaikan penerangan berkenaan kemunculan perisian kecerdasan buatan yang dikenali sebagai ChatGPT kepada kakitangan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

 

Beliau menyatakan bahawa pengguna boleh bertanya apa jua soalan kepada perisian tersebut dalam membantu sesuatu organisasi untuk meningkatkan produktiviti kerja di pejabat mahupun pertanyaan berkaitan bidang atau ilmu yang ingin diceburi secara lebih terperinci. Sistem ChatGPT ini telah dilatih dengan pelbagai maklumat dan mampu memberi respon dengan bijak seolah-olah pengguna bertanya soalan kepada manusia. Sebagai contoh pengguna boleh bertanya melalui ChatGPT tentang panduan menyediakan nasi lemak bermula daripada bahan-bahan penyediaan nasi lemak, sambal ikan bilis dan sehinggalah kepada cara penyajian.  

 

Menurut Prof. Rusli, sesiapa sahaja boleh menggunakan ChatGPT kerana perisian AI ini adalah percuma selepas pengguna mendaftar akaun di laman web OpenAI. Pengguna juga boleh bertanya soalan dalam pelbagai versi bahasa. Tambahan lagi, ChatGPT mampu memahami dan menganalisis pertanyaan dengan cepat dan pantas. ChatGPT akan memproses maklumat dan memberi respon dengan jawapan yang berstruktur dan mudah difahami. Kecanggihan teknologi ChatGPT AI yang mula dilancarkan oleh sebuah syarikat penyelidikan pada November 2022 dan mula popular pada tahun ini telah menjadi agen sokongan sesebuah organisasi dalam meningkatkan produktiviti kerja. Ini kerana segala tugasan dan kerja akan menjadi lebih mudah dan ringkas. Sesuatu permasalahan umpamanya dalam pembelajaran dapat diketahui dan diselesaikan dalam masa yang singkat dan tepat. Malah, bantuan sokongan teknologi kecerdasan buatan ini   di setiap sektor industri khususnya dapat memberikan perkhidmatan dengan lebih produktif.

 

Walau bagaimanapun, pengguna haruslah bijak menapis dan berhati-hati dengan arahan atau soalan yang ingin dituju kepada ChatGPT. Pengguna harus tahu menilai sumber maklumat yang diberikan kerana pembangun telah menyatakan pada halaman utama platform ChatGPT tersebut. Secara ringkasnya, ChatGPT adalah merupakan satu platform atau laman bot sembang yang disediakan kepada orang ramai oleh sebuah syarikat penyelidikan dan pembangun kecerdasan buatan OpenAI.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 06/07/2023 | Updated: 06/07/2023 | akmalhafiz

MEDIA SHARING

Faculty of Computer Science and Information Technology
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbUAd~