Penampilan Sulung Paduan Suara Kumpulan Canang Emas | Faculty of Computer Science and Information Technology
» NEWS » Penampilan Sulung Paduan Suara Kumpulan Canang Emas

Penampilan Sulung Paduan Suara Kumpulan Canang Emas

*Berita ini disunting dalam Bahasa Malaysia sahaja.

 

 

 

 

SERDANG, Ogos 2023 – Penampilan pertama Canang Emas iaitu kumpulan koir daripada gabungan PTJ melibatkan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) berjaya membawa pulang hadiah bagi kategori Komitmen Pengurusan PTJ Terbaik dalam Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ.

 

Pertandingan Koir Merdeka ini adalah sebahagian daripada Program Semarak Merdeka tahun 2023 bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 yang diadakan di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM. Program Semarak Merdeka UPM 2023 dianjurkan sepanjang bulan Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2023 bertemakan “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga UPM. Pertandingan Koir Merdeka pada kali ini berjaya membawa masuk seramai 20 kumpulan koir (Inter-PTJ) berentap berbanding pada tahun lepas hanya 11 kumpulan sahaja.

 

Canang Emas yang tidak jemu berlatih pada setiap petang bagi memantapkan vokal dan diselit dengan latihan iringan paluan caklempong pada pembukaan dan penutup persembahan. Kumpulan Canang Emas yang dibarisi seramai 22 orang peserta dan diketuai oleh Dr. Nor Azura Husin selaku konduktor koir Canang Emas memilih lagu Nyalakan Tekad telah berjaya memberikan persembahan yang padu dan bertenaga. Turut kelihatan di Panggung Percubaan kehadiran Prof. Madya Dr. Omrah Hassan @ Hussin, Pengarah PKPP UPM untuk memberikan sokongan yang jitu kepada kumpulan koir Canang Emas.  Sumbangan dan sokongan berterusan daripada Profesor Dr. Rahmita O.K. Rahmat dan pengurusan fakulti berjaya menambat hati juri untuk memenangi hadiah kategori khas tersebut. Penyampaian hadiah disampaikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Roslan Sulaiman. Tahniah diucapkan kepada kumpulan koir Canang Emas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 01/09/2023 | Updated: 04/09/2023 | akmalhafiz

MEDIA SHARING

Faculty of Computer Science and Information Technology
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbOAR~