Kata Aluan Dekan | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» MENGENAI KAMI » Dari Meja Dekan » Kata Aluan Dekan

Kata Aluan Dekan

 

Saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia.

 

FSKTM, UPM baru sahaja meraikan hari ulangtahunnya yang ke 20 dengan melahirkan graduan yang berkualiti dipelbagai peringkat, iaitu  samada diperingkat prasiswazah dan pascasiswazah. Saya amat gembira dan mengalu-alukan anda untuk melayari Laman Web rasmi FSKTM ini.

 

Laman Web ini ditubuhkan untuk menyediakan pengunjung dengan maklumat terkini berkaitan dengan hal ehwal pelajar, kemudahan yang disediakan, staf akademik dan pelbagai program yang ditawarkan di FSKTM. Laman Web ini juga merupakan satu saluran untuk seseorang itu mengetahui berita, acara dan aktiviti terkini yang sedang dianjurkan sama ada di fakulti atau di universiti serta yang mana semuanya membawa kepada peningkatan tahap pencapaian kejayaan cemerlang ditangga ranking dunia.

 

Sehubungan dengan itu, Laman Web juga diwujudkan  adalah sebahagian daripada wadah kami dalam usaha untuk memberikan maklumat perkhidmatan kami yang terbaik, cekap dan cepat, selaras dengan peredaran masa. Kami juga mengalu-alukan apa jua cadangan atau komen yang membina bagi membantu kami untuk meningkatkan perkhidmatan dan prestasi kita selaras dengan usaha kami bagi mencapai visi dan misi fakulti dan universiti.

 

Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan semua pengunjung bagi menikmati dan melayari Laman Web ini serta mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di FSKTM dan universiti dengan mudah. Dengan ini, saya percaya Laman Web ini akan memberi inspirasi dan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada semua pengunjung yang dihormati.

 

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan terkini.

 

Yang Ikhlas,



Prof. Ts. Dr. Rusli Hj Abdullah
Dekan
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Putra Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 15/09/2020 [akmalhafiz]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
B1606891581