ChatGPT Sebagai Alatan Sokongan Untuk Melestarikan Pemerkasaan Belia Negara | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » ChatGPT sebagai alatan sokongan untuk melestarikan pemerkasaan belia negara

ChatGPT sebagai alatan sokongan untuk melestarikan pemerkasaan belia negara

 

 *Artikel ini disediakan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

 

ChatGPT (Chat Generative Pre-trained Transfomer) adalah satu alatan kecerdasan buatan (AI) yang diperkenalkan oleh syarikat OpenAI.com.

Ia merujuk juga kepada penggunaan dan pengintegrasian teknologi pintar terkini berbentuk softbot yang selari dengan perkembangan revolusi perindustrian (Industrial revolution - IR) 4.0.

Penggunaan teknologi pintar ChatGPT ini mampu membantu pihak yang berkepentingan seperti golongan belia dan semua entiti yang terbabit di dalam ekosistem kebeliaan supaya saling bekerjasama bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti belia dalam konteks kelestariaan mereka ke tahap yang optimum.

Penggunaan teknologi terkini ini termasuklah penggunaannya di dalam aktiviti kebeliaan bagi membantu belia merancang, melaksana dan memantau aktiviti mereka pada setiap masa, di mana-mana saja, dengan menggunakan sistem maklumat pengurusan belia negara (Youth National Management Information System – YNMIS) dengan aplikasi yang dipasang atau disambungkan ke peranti komputer atau peranti mudah alih seperti telefon pintar dan sebagainya.


Dengan penggunaan sistem maklumat pengurusan belia negara (YNMIS) ini bersama-sama dengan ChapGPT, ia mampu untuk mengumpul, menyimpan, memproses data ke dalam pelbagai bentuk maklumat serta menghantar maklumat itu bagi tujuan tertentu.

 

Seterusnya maklumat itu dapat disalur atau digunapakai oleh pihak yang berkepentingan bagi tujuan membuat keputusan sama ada secara dalam talian atau masa nyata (real time) dan sebaliknya.

 

 

ChapGPT dalam pemerkasaan belia

Dalam konteks pemerkasaan belia di Malaysia, terdapat pelbagai kaedah atau teknologi yang boleh digunakan untuk pemerkasaan aktiviti belia negara.

Ini termasuklah penggunaan kecerdasan buatan seperti ChatGPT yang berfungsi sebagai alatan yang bermula dari sistem pengesanan berasaskan Internet kebendaan (Internet of things) bagi tujuan perancangan belia hinggalah untuk memantau aktiviti belia terutama di kawasan di bandar dan di luar bandar.

 

 

.... ikuti artikel selanjutnya di Harian Metro

 

Foto: Prof. Ts. Dr. Rusli Hj Abdullah

 

 

Penulis adalah Profesor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Penyelidik Bersekutu di Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 08/05/2023 | Kemaskini: 12/05/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDcRAY~