34 Pelajar Aliran Sains Dari SM Sains Banting Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Di FSKTM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » 34 Pelajar Aliran Sains dari SM Sains Banting Mengadakan Lawatan Sambil Belajar di FSKTM

34 Pelajar Aliran Sains dari SM Sains Banting Mengadakan Lawatan Sambil Belajar di FSKTM

 

SERDANG, 6 NOV – Seramai 34 pelajar tingkatan tiga aliran Sains dari Sekolah Menengah Sains Banting Selangor mengadakan lawatan sambil belajar di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Tujuan lawatan sambil belajar di FSKTM adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat bidang pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) serta prospek kerjaya sains komputer kepada para pelajar sekolah.

 

Kehadiran para pelajar Sekolah Menengah Sains Banting bersama dua orang guru pengiring ini telah disambut oleh Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Timbalan Dekan (Pembangunan Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM.

 

Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain berkata para pelajar adalah aset kepada negara dan peluang menimba ilmu hingga ke menara gading hendaklah digunakan sebaik-baiknya dalam apa jua bidang yang akan diceburi. Katanya, dalam bidang perubatan sekali pun para doktor memerlukan pengetahuan dalam kemahiran maklumat bagi mendapatkan data pesakit daripada pelbagai sumber teknologi yang ada. Para pelajar diberi penekanan pentingnya menimba ilmu dalam konteks menghadapi perkembangan pesat teknologi maklumat dan pembelajaran seiring dengan cabaran Revolusi Industri 4.0.

 

Para pelajar juga telah diberi penerangan dan dibawa melawat ke bilik-bilik kuliah, makmal-makmal pengajaran dan penyelidikan sekitar FSKTM oleh pensyarah. Selain itu, para pelajar diberi tunjuk ajar melalui permainan interaktif berkaitan teknologi maklumat dan pengenalan tokoh terlibat dalam bidang sains komputer.  

Tarikh Input: 28/11/2019 | Kemaskini: 28/11/2019 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
C1597196739