FKSTM Merangkul Tempat Ke-3 Dalam Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Antara Fakulti /Pusat Pengajian 2019 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » FKSTM Merangkul Tempat ke-3 dalam Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran antara Fakulti /Pusat Pengajian 2019

FKSTM Merangkul Tempat ke-3 dalam Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran antara Fakulti /Pusat Pengajian 2019

Oleh: Noris Mohd Norowi

 

 

SERDANG, 17 Oktober 2019 – Pasukan FSKTM telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Antara Fakulti/Pusat Pengajian 2019. Pertandingan yang berlangsung sempena Putra InnoCreative Carnival inTeaching and Learning anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CADe), UPM telah disertai 12 PTJ bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan pengajaran pada peringkat individu/institusi, menyebarluas dan berkongsi amalan terbaik inovasi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan oleh setiap fakulti untuk dimanfaatkan pegawai akademik UPM yang lain serta  mengenal pasti/menyaring pegawai akademik UPM yang berpotensi untuk pencalonan Anugerah Fellowship Naib Canselor (AFNC)/Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi kategori pengajaran mengikut nic fakulti.

 

Penyertaan ini  merupakan penyertaan yang julung-julung kalinya oleh FSKTM. Diterajui oleh Dr. Noris Mohd Norowi dan lapan ahli fakulti lain (Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Prof. Madya Dr. Masnida Hussin, Dr. Hizmawati Madzin, Dr. Nurul Amelina Nasharuddin, Dr. Mas Rina Mustaffa, Dr. Nor Azura Husin, Dr. Aziah Asmawi, dan Dr. Azrina Kamaruddin), FSKTM mempertaruhkan ‘EXCEL IT! – Experiential and Community Engagement in Learning Information Technology’, suatu model pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan hubungan simbiotik tiga hala antara akademia, industri dan juga komuniti. Impak positif daripada EXCEL IT! ialah peluang mempersiap siagakan bakal graduan dengan pengalaman bekerja melalui jalinan kerjasama bersama industri, serta mengaspirasikan mereka supaya menyumbang semula kepada pembangunan negara melalui jalinan bersama komuniti.

 

Model ini dibentangkan di hadapan juri-juri pada Isnin 14 Oktober 2019 bertempat di Panggung Percubaan, UPM, manakala hadiah berupa cek bernilai RM2000.00 serta sijil disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. M.Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) pada majlis penutup carnival PICTL. Tahniah diucapkan kepada semua warga FSKTM. Semoga terus maju pada masa yang akan datang!

Tarikh Input: 06/02/2020 | Kemaskini: 06/02/2020 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDdHAn~