Majlis Pelancaran Radio Komuniti Orang Buta Atas Talian | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Majlis Pelancaran Radio Komuniti Orang Buta Atas Talian

Majlis Pelancaran Radio Komuniti Orang Buta Atas Talian

 

KUALA LUMPUR, 12 April 2021 - Majlis Pelancaran Radio Komuniti Orang Buta Atas Talian MAB (Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia) di Brickfields, Kuala Lumpur petang ini, bersama Prof. Madya Dr. Razali Yaakob, yang mewakili Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia turut bekerjasama dengan MAB melalui perkongsian beberapa pakar dari FSKTM dalam segmen Teknologi Kini:

 

1) Dr. Hizmawati Madzin

Tajuk: IOT untuk OKU Penglihatan

 

2) Wacana: Prof. Madya Dr. Puteri Suhaiza Sulaiman

Tajuk: Keperluan Aplikasi Mesra OKU Penglihatan Semasa Pandemik Covid-19

 

3) Wacana: Prof. Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat

Tajuk: Aplikasi Mobil Rehabilitasi dan Senaman Ringan Mesra OKU Penglihatan

 

4) Wacana: Dr. Azrina Kamaruddin

Tajuk: Keselamatan Mobiliti

 

5) Ts. Dr. Siti Khadijah Ali

Tajuk: Buku Braile: Perlu atau Tidak?

 

6) Dr. Noris Mohd Norowi

Tajuk: Perkongsian Pembangunan Aplikasi Mobil bagi OKU Penglihatan

 

7) Wawancara: Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Udzir

Tajuk: Keselamatan Siber: Kepentingan Memberi Pendidikan Lebih Awal

 

 

Kesemua topik dan perkongsian yang menarik ini hanya disalurkan di Radio MAB. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari https://zeno.fm/radiomab/ atau muat turun Zeno Radio di Play Store melalui telefon pintar dan dengarkan Radio MAB yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 3 petang hingga 7 malam. Majlis pelancaran Radio Komuniti Orang Buta Atas Talian ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia dengan bertemakan Informasi Tanpa Sempadan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 13/04/2021 | Kemaskini: 15/04/2021 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEaCAy~