MOSTI Melancarkan Lima Pelan Hala Tuju Teknologi Negara | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » MOSTI Melancarkan Lima Pelan Hala Tuju Teknologi Negara

MOSTI Melancarkan Lima Pelan Hala Tuju Teknologi Negara

KUALA LUMPUR, Ogos 2022: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah melancarkan lima Pelan Hala Tuju Teknologi Negara bagi memastikan usaha-usaha pembangunan dan pengaplikasian teknologi tempatan diperhebat.  Malaysia mengorak langkah sebagai pemangkin pembangun teknologi, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dan buruh asing seterusnya meningkatkan produktiviti negara.

 

Lima pelan itu ialah pembangunan teknologi dalam sektor Elektrik dan Elektronik (E&E), Teknologi Blockchain Negara, Kecerdasan Buatan (AI), Teknologi Bahan Termaju Nasional dan Robotik Negara, bagi tempoh 2021 hingga 2030.

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Seri Dr. Adham Baba, dalam ucapan pelancaran itu berkata, pembangunan teknologi dalam semua sektor itu amat signifikan kerana Malaysia mahu mencapai status negara berteknologi tinggi pada 2030.

 

Justeru, katanya, tumpuan harus diberikan kepada aktiviti pembangunan ekosistem teknologi tempatan yang inklusif, merangkumi rantaian bekalan dan nilai, pembangunan dan penyelidikan, serta pengkomersialan dan inovasi, supaya pembangunan teknologi sejajar dengan keutamaan negara.

 

Foto: Dr. Nurfadhlina (kiri) memberi penerangan kepada YB Mosti

 

 

Penyelidik dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef turut terlibat bersama dalam perasmian pelancaran Pelan Hala Tuju Teknologi Kecerdasan Buatan 2021-2025 amat bertuah dan berbangga dapat menjalinkan usaha sama ini yang bertujuan untuk membangunkan ekosistem inovasi kepintaran buatan bagi pembangunan Artificial Intelligence (AI) yang memanfaatkan kolaborasi quadruple helix berpandukan prinsip AI yang bertanggungjawab.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/08/2022 | Kemaskini: 23/08/2022 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEYAAn~