Pasukan Megaminds Dari UPM Menang Tempat Ketiga Dalam Pertandingan HILTI ITC 2023 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pasukan Megaminds dari UPM menang tempat ketiga dalam pertandingan HILTI ITC 2023

Pasukan Megaminds dari UPM menang tempat ketiga dalam pertandingan HILTI ITC 2023

 

 

Hilti ITC 2023 yang berlangsung selama tiga bulan dari bulan Februari hingga Mei yang tertumpu pada merevolusikan industri pembinaan menggunakan IR 4.0. ITC tahunan ini menggalakkan pelajar di seluruh dunia untuk mencipta penyelesaian IT yang inovatif untuk cabaran industri pembinaan. Ia merupakan platform yang hebat untuk bakat muda menangani masalah menggunakan aplikasi mudah alih, perisian kerjasama, Big Data, IoT, AR dan banyak lagi. Berpandukan kenyataan masalah sedia ada dalam industri pembinaan, Pasukan Megaminds daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM berazam untuk membuat perubahan. Para juri kagum dengan nilai, skalabilitas, dan potensi untuk membantu Hilti menyelesaikan masalah. Dengan sokongan serta bimbingan daripada mentor dan pensyarah iaitu Selcuk Kayaci, Irene Tiong, Thinagaran Perumal, Mohd Hafeez Osman dan Bhisma N. Pasukan Megaminds berjaya merangkul tempat ketiga daripada 187 peserta dalam pertandingan itu. Syabas dan tahniah diucapkan buat semua pelajar terlibat!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 17/05/2023 | Kemaskini: 17/05/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXETOAm~