Pelajar FSKTM Anjur Program Sahur Bersama IOJ Untuk Golongan Gelandangan KL | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pelajar FSKTM Anjur Program Sahur Bersama IOJ untuk Golongan Gelandangan KL

Pelajar FSKTM Anjur Program Sahur Bersama IOJ untuk Golongan Gelandangan KL

Oleh: Ts Dr Iskandar Ishak

Foto: Joe Hezzary Johari

 

Kuala Lumpur, 6 April - Seramai 8 orang pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengikuti program Jom Sahur 2022, sebuah program kemasyarakatan anjuran bersama FSKTM, UPM dan Institut Onn Jaafar. 

 

Di dalam program ini, para pelajar bertindak sebagai tenaga kerja yang akan mengatur dan mengedar makanan berpek ke beberapa pusat pengedaran makanan untuk gelandangan di Kuala Lumpur iaitu Pusat  Transit Gelandangan Medan Tuanku, Anjung Kembara Chow Kit dan Anjung Singgah Jalan Tun Perak.  Institut Onn Jaafar, NGO yang aktif di dalam aktiviti untuk golongan gelandangan bertindak sebagai pemudahcara dan penyelaras aktiviti program . Aktiviti bermula pada jam 8.30 malam di mana para pelajar berkumpul di pejabat IOJ di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mendengar taklimat koordinasi dari IOJ serta mengambil makanan yang ditaja syarikat-syarikat swasta. Para pelajar kemudian dibawa ke pusat-pusat gelandangan untuk mengedar pek makanan tersebut dan aktiviti berakhir jam 11 malam.

 

Pensyarah Jabatan Sains Komputer, Ts Dr Iskandar Ishak yang bertindak sebagai ketua projek berkata, para pelajar amat teruja dapat menyertai program ini kerana mereka dapat mengenal sisi lain kehidupan di ibu kota di samping menginsafi akan nasib golongan gelandangan. “Program seperti ini dapat memberi satu sifat kesedaran dan empati para pelajar kepada masyarakat. Di bulan Ramadan ini, ramai yang memerlukan bantuan dan sokongan, penyertaan para pelajar membuktikan UPM sentiasa prihatin nasib golongan yang memerlukan seperti golongan gelandangan ini”, katanya.

 

Program Jom Sahur ini adalah kesinambungan kerjasama FSKTM dan Institut Onn Jaafar yang sudah terjalin sejak 2016. Selain Jom Sahur, program-program kemasyarakatan yang telah dijalankan bersama adalah seperti Jom Brekfes, Celik IT dan juga Malaysian United Run. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 12/04/2022 | Kemaskini: 12/04/2022 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEZIAe~