Pelajar FSKTM Memenangi Tempat Kedua Dalam CIPTA 2022 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pelajar FSKTM memenangi tempat kedua dalam CIPTA 2022

Pelajar FSKTM memenangi tempat kedua dalam CIPTA 2022

Oleh : Hoh Jia Da, Heon Hi Teng

April 2022, kumpulan Xlektrik yang terdiri daripada Hoh Jia Da dan Heon Hi Teng, pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) diisytiharkan sebagai antara pemenang pertandingan CIPTA 2022 yang dianjurkan oleh iCUBE. Pertandingan ini dijalankan secara talian memandangkan negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Hoh Jia Da dan Heon Hi Teng dipilih menjadi tempat ke-2 dalam pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2500 beserta sijil.

CIPTA ialah acara utama iCUBE sejak pelancarannya. Acara ini adalah merupakan program pre-accelerator yang direka untuk pelajar tanpa mengira tahap pengetahuan tentang keusahawanan dan bidang pengajian. Selain itu, CIPTA adalah merupakan satu landasan pelancaran (launchpad) untuk pelajar yang berfikiran-keusahawanan untuk memulakan dan mengembangkan syarikat permulaan (start-up) mereka. Peserta acara ini akan dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan penting melalui bengkel eksklusif dan program bimbingan. Peserta CIPTA akan dapat mengembangkan idea mereka menjadi Minimum Viable Product (MVP) sepanjang program ini.

Ahli pasukan Xlektrik, Heon Hi Teng berkata, “Saya gembira dapat menyertai program CIPTA kerana CIPTA membawa kami melalui semua peringkat penting dalam membina startup bermula dari fasa idea dan juga mendapat sokongan daripada mentor profesional yang mempunyai pengalaman mendalam dalam startup”.

Pertandingan ini telah menyaksikan kesungguhan peserta dari seluruh negara yang melibatkan peserta dari semenanjung Malaysia (Penang, Kedah, Perak, Selangor, Putrajaya, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu) serta Sabah dan Sarawak.

Pasukan Xlektrik mencadangkan Xlektrik (www.xlektrik.com) yang merupakan penyedia perkhidmatan penghantaran makanan & runcit dengan menyediakan perkhidmatan kepada komuniti pelajar yang tinggal di dalam universiti. Kemudahan yang disediakan termasuk kedai E-dagang semua dalam satu di mana pelajar boleh mempunyai pelbagai pilihan dalam satu pesanan, kemudahan kedai vendor yang membolehkan pelajar / PKS membuka kedai dalam talian mereka, dan platform penghantar yang memberikan kemudahan kepada pelajar mendaftar sebagai penghantar sambilan.

Xlektrik berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelajar universiti dengan aplikasi mereka dengan mewujudkan platform sehenti untuk menghubungkan pelajar universiti dengan vendor makanan. Xlektrik mempunyai tiga ciri utama seperti kedai dalam talian, pengurusan vendor dan penghantaran rider untuk pengguna.

Sumber: iCube International

Tarikh Input: 21/04/2022 | Kemaskini: 21/04/2022 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEZHAS~