Pensyarah FSKTM Menang Anugerah Early Career Award 2014, Tokyo, Jepun | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pensyarah FSKTM menang Anugerah Early Career Award 2014, Tokyo, Jepun

Pensyarah FSKTM menang Anugerah Early Career Award 2014, Tokyo, Jepun

DrThina

 

 

Pensyarah FSKTM menang Anugerah Early Career Award 2014, Tokyo, Jepun

Oleh Satiasilan Vathumalai

SERDANG, 14 Okt – Pensyarah kanan Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Thinagaran Perumal menang anugerah IEEE CE Early Career Award 2014 oleh Institute Of Electrical and Electronics Engineer (IEEE) Tokyo, Jepun.

Kepakaran beliau berkaitan sistem terbenam, rumah pintar / bangunan pintar, sistem pintar dan aplikasi komputer telah melayakkan beliau menerima anugerah itu.

Kejayaan beliau dalam menghasilkan inovasi baru dalam bidang penyelidikan interoperability untuk rumah pintar dalam memastikan integrasi menyeluruh peranti serta peralatan pengguna dalam persekitaran rumah pintar telah merealisasikan pembangunan aplikasi yang meluas dalam bidang consumer electronic.

Beliau berkata buat julung kalinya UPM dan sekaligus Malaysia memenangi anugerah itu.

“Saya berasa terharu dan gembira kerana Malaysia dapat menyaingi peserta antarabangsa  dimana sebelum ini telah dimenangi oleh negara Jepun, Amerika Syarikat dan German,”  katanya.

Beliau berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak US $ 1000 dan sijil penyertaan.

Antara kriteria yang diambil kira dalam pemilihan pemenang anugerah itu ialah kepimpinan, merit teknikal, projek atau inisiatif organisasi dan kesan positif kepada professional awam.

Anugerah yang telah disampaikan oleh Gabenor IEEE Consumer Electronics Society, Dr. Takako Nonaka dari Shonan Institute of  Technology, Kanagawa, Jepun itu turut disaksikan oleh Presiden IEEE Elektronik Pengguna Amerika Syarikat, Stefan Mozar.

Beliau merupakan penerima ijazah pertama dalam  bidang Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, UPM pada tahun 2003, kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah Sarjana pada tahun 2006 dalam penyelidikan Pembangunan Sistem Terbenam di UPM.  Kemudian beliau telah dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam Teknologi Pintar dan Robotik  pada Oktober 2012.

Antara anugerah lain yang turut dipertandingkan ialah The Ibuka Technical Field Award, TAB Awards, Outstanding Service Award, dan Significant Achievement Award,

IEEE Early Career Award telah ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Lembaga Pengarah IEEE Consumer Electronics bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada individu atas sumbangan memajukan teknologi dan inovasi dalam bidang elektronik pengguna di peringkat awal kerjayanya.

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 09/11/2018 | farahdeena

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
C1574343378