Sambutan Hari Kebangsaan Ke-64 Peringkat Fakulti - Secara Atas Talian | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 Peringkat Fakulti - Secara Atas Talian

Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 Peringkat Fakulti - Secara Atas Talian

 

 

SERDANG, Ogos 2021 - Kelab Kebajikan dan Sosial (KKS) telah menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-64 secara atas talian. Sempena meraikan Hari Kebangsaan pada tahun ini, beberapa aktiviti telah diadakan di kalangan ahli KKS serta keluarga. Pertandingan mewarna, poster digital dan kreativiti staf telah diadakan. Tujuan pertandingan ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan Malaysia dan Malaysia Prihatin. Penyertaan ahli serta anak-anak ahli seramai 54 amatlah  memberangsangkan. Majlis telah dihadiri seramai 73 ahli KKS secara atas talian. Antara acara yang menarik perhatian ialah deklamasi sajak oleh anak ahli dan oleh ahli KKS yang berbakat, Encik Akmal Hafiz Ngah. Beliau menyampaikan sajak bertajuk Dari Kaca Mataku hasil nukilan isteri beliau, Puan Mastura Zulkifley.

Ucapan Presiden KKS 2019-2021, Dr. Azrina binti Kamaruddin telah berpesan kepada ahli agar menjaga diri ketika bekerja dari rumah (BDR). Malahan beliau mengingatkan ahli agar bekerja dengan penuh integriti dan amanah walaupun BDR. Ianya tidak boleh dijadikan halangan tetapi cabaran yang perlu disahut dengan penuh tanggungjawab. Beliau juga menambah bahawa fasa yang dialami sekarang ialah fasa adaptasi dan ahli sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan pandemik dalam fasa ini. 

YBhg. Prof. Ts. Dr. Rusli Hj Abdullah (Dekan FSKTM - Foto)

Tuan dekan FSKTM juga telah mengingatkan ahli tentang semangat kemerdekaan dan cintakan negara. Beliau juga menambah bahawa fakulti menyahut misi universiti tentang sambutan Hari Kebangsaan ke 64. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada KKS kerana telah berjaya membuat aktiviti sambutan kemerdekaan ini secara atas talian.

 

Adik Muhamad Rizq Hadif bin Mohd Faizal (Foto)

Akhir sekali kejayaan acara ini adalah hasil kerjasama AJK KKS FSKTM dan ahli yang memberi sokongan ke atas majlis pada hari ini. Walaupun ianya ringkas tetapi sangat bermakna untuk dikenang pada satu masa nanti. Ini merupakan tahun kedua meraikan Hari Kebangsaan secara atas talian asbab pandemik COVID-19.

 

Akmal Hafiz Ngah (Foto)

 

Warga Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Foto)

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Azrina binti Kamaruddin

Presiden Kelab Kebajikan dan Sosial 

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

 

Foto tangkap layar:

Mohd Daniel Hafiz bin Abdullah

Tarikh Input: 01/09/2021 | Kemaskini: 01/09/2021 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDdHAX~