Program Mobiliti | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» MOBILITI » Apa Itu Mobiliti? » Program Mobiliti

Program Mobiliti

UPM menawarkan program mobiliti bagi memenuhi keperluan pelajar antarabangsa yang ingin menghabiskan satu semester atau satu tahun pengajian di Malaysia. Ia juga memberi peluang yang sama kepada pelajar tempatan yang ingin merasai pengalaman belajar di luar negara. Sehingga Februari 2012, UPM telah menandatangani 96 Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membudayakan program mobiliti pelajar dengan universiti-universiti seluruh dunia.

Dengan melibatkan diri dalam program mobiliti sedemikian, para pelajar akan memperoleh pengetahuan baharu, kefahaman budaya, kematangan dan rakan-rakan baharu. Mobiliti pelajar ialah sebuah program yang menggalakkan pertukaran pelajar di antara dua institusi dalam tempoh satu atau dua semester. Di dalam tempoh ini, kebiasaannya pemindahan kredit bagi program pengajian yang sedang dipelajari adalah dibenarkan Pertukaran ini mampu memberi pengalaman akademik yang amat berguna kepada pelajar yang terlibat.

Jenis Program Mobiliti

  1. Program pertukaran (1 atau 2 semester)
  2. Program jangka pendek (2 minggu atau lebih)
  3. Program latihan praktikal (2 minggu ke 6 bulan)
  4. Program latihan industri / penyelidikan (2 minggu atau lebih)
  5. Lawatan (kurang dari 2 minggu)


Risalah Mobiliti <Klik Disini>

Buku Panduan Mobiliti <Klik Disini>


Kemaskini:: 08/03/2016 [farahdeena]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97696501
03 89466576
B1566614330