Apa Itu Inbound? | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» MOBILITI » Apa Itu Mobiliti? » Apa itu Inbound?

Apa itu Inbound?

Program pengajian dan pertukaran Universiti Putra Malaysia direka untuk menggalakkan pelajar dari universiti di luar negara untuk menjalani kursus berkaitan akademik secara jangka pendek di UPM.

UPM adalah sebuah universiti multidisiplin yang mempunyai 83 tahun sejarah, dan terletak di lokasi yang strategik dalam lingkungan Multimedia Super Koridor, dengan hanya 10 minit pemanduan ke Putrajaya dan 30 minit pemanduan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai salah satu universiti terbesar di Malaysia, UPM juga turut memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan modal insan yang berpengetahuan dan mahir dalam negara. UPM kini mempunyai lebih daripada 26,000 pelajar yang mendaftar dalam 78 program bachelor, 7 program diploma dan 47 program pascasiswazah di peringkat Masters dan PhD (dengan lebih daripada 250 bidang pengajian). Kesemua program ditawarkan di kampus utama di Serdang, Selangor kecuali program diploma yang ditawarkan secara eksklusif di kampus cawangan UPM di Bintulu, Sarawak.

Program pertukaran di UPM bermula pada akhir 1990-an dengan hanya beberapa pelajar yang terlibat dalam program ini,  kebanyakkannya untuk menjalankan latihan dan penyelidikan praktikal mereka dalam bidang sains dan teknologi antaranya seperti Perubatan Veterinar. Kini, UPM mempunyai lebih daripada 180 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan univerisiti seluruh dunia bagi memupuk program pertukaran pelajar dan setiap tahun, beratus-ratus pelajar antarabangsa datang ke UPM dari serata pelusuk dunia.

PUTRA Experience (Program Mobiliti) 

KEBAIKAN PROGRAM INBOUND

Melanjutkan pelajaran ke luar negara mungkin merupakan salah satu peluang bermanfaat bagi seorang pelajar. Dengan melanjutkan pengajian di negara asing, pelajar bakal mendapat banyak kebaikan antaranya dari segi dapat mengenali sejarah, budaya sesebuah negara itu sendiri, mereka juga akan memahami sistem Pendidikan, serta dapat menambah baik skill Bahasa dan mempelajari Bahasa baru melalui jalinan persahabatan dengan kawan-kawan baru, secara tidak langsung meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Setelah anda tamat pengajian anda akan mempunyai portfolio yang baik yang boleh ditawarkan sewaktu mencari pekerjaan.

 

PROGRAM JANGKA MASA PENDEK

UPM juga menawarkan program jangka masa pendek yang direka khas untuk pelajar antarabangsa. Program ini diolah mengikut kesesuaian, objektif dan kehendak universiti jalinan. Pada masa ini, kami telah menerima banyak kumpulan dalam program ini yang menumpukan pada Kajian Bahasa Inggeris dan budaya, lampiran penyelidikan, dan kelas dalam fakulti yang relevan (misalnya: Universiti Soka, Universiti Teknikal Nasional Kazakhstan, Universiti Wanita Hunan, Universiti Sains & Teknologi Kunming , Universiti Sultan Qaboos, Universiti Pertanian Negara Kazakhstan).

 

PERATURAN SEWAKTU PENYERTAAN

Para pelajar yang mengambil bahagian dikehendaki mematuhi peraturan di universiti tuan rumah dan universiti asal dan jika gagal berbuat demikian, mereka boleh mengakibatkan program yang sedang dijalankan oleh mereka akan ditamatkan serta-merta.

SEMESTER DI UPM

UPM mengamalkan sistem semester, dengan dua semester untuk setiap sesi akademik. Setiap semester terdiri daripada empat belas minggu pengajian dan pelajar akan dinilai melalui penilaian berterusan termasuk peperiksaan akhir.

Semester 1 (SEPTEMBER)
Kuliah 6 minggu
Cuti pertengahan semester 1 minggu
Kuliah 8 minggu
Minggu ulangkaji 1 minggu
Peperiksaan akhir 2 minggu
Cuti semester 5 minggu

 

Semester 2 (FEBRUARI)
Kuliah 7 minggu
Cuti pertengahan semester 1 minggu
Kuliah 7 minggu
Minggu ulangkaji 1 minggu
Peperiksaan akhir 2 minggu
Cuti semester 10 minggu

 

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Sila rujuk laman web Pusat Antarabangsa di sini.

Kemaskini:: 10/11/2017 [farahdeena]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97696501
03 89466576
B1566615866