Apa Itu Outbound? | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» MOBILITI » Apa Itu Mobiliti? » Apa itu Outbound?

Apa itu Outbound?

Setiap tahun, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk bilangan pelajar UPM menjalani program mobiliti akan ditentukan oleh Pengurusan Universiti yang akan dipenuhi oleh setiap fakulti dan institut. Jawatankuasa Mobiliti Pelajar yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dibentuk untuk melihat polisi mobiliti pelajar.

Setiap tahun, sejumlah dana diperuntukkan oleh UPM untuk memudahkan pergerakan pelajar menyertai program mobiliti. Di samping itu pembiayaan untuk aktiviti-aktiviti ini diperolehi melalui proses pembidaan dari penaja seperti Program Pelajar Mobiliti Pelajar Antarabangsa ASEAN (AIMS), Program Seminar Pascasiswazah Malaysia-Thailand dan Program Erasmus Mundus.

 

Kategori Program Mobilti

  1. Jangka masa pendek: 14 -30 hari
  2. Jangka masa panjang: 1 - 2 semester

*Pelajar diingatkan bahawa bantuan kewangan hanya akan diberikan kepada program yang menepati kriteria seperti kategori di atas sahaja. Bagi program yang kurang daripada 14 hari tidak akan mendapat bantuan kewangan. 

Siapa yang boleh menyertai program mobiliti?

Jawatankuasa Mobiliti Pelajar yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah menetapkan kriteria untuk pelajar UPM yang berminat untuk menyertai program mobiliti.

  • Pelajar tempatan program bachelor (prasiswazah) yang berada dalam semester dua (2) hingga semester tujuh (7) sahaja.
  • Pelajar tempatan dan antarabangsa program pascasiswazah (Master & PhD) yang berada dalam semester dua (2) hingga satu (1) semester sebelum tamat pengajian sahaja.
  • Prestasi akademik yang baik (PNGK 3.0 dan ke atas).
  • Aktif dalam ko-kurikulum.
  • Bersemangat untuk menghadapi cabaran baru.
  • Bersedia menjadi duta UPM di luar negara.
  • Bersedia untuk berkongsi pengalaman menjalani program mobilti selepas kembali ke UPM.

 

Sepuluh (10) sebab menyertai program mobiliti.

  1. Terlibat dalam suasana pembelajaran global.
  2. Menambahkan kepelbagaian subjek yang dipelajari didalam ijazah anda.
  3. Peluang untuk menimba ilmu dari pengajar bertaraf antarabangsa.
  4. Meneroka/melihat dunia.
  5. Meluaskan budaya dan sosial anda.
  6. Berkenalan dengan rakan baharu dari seluruh dunia.
  7. Meningkatkan prospek kerjaya anda (nilai tambah kepada resume anda).
  8. Belajar bahasa baru.
  9. Rangkaian antarabangsa (komunikasi aktif)
  10. Cabaran kepada anda disamping mengasah bakat baharu.

 

 
 

Bagaimana untuk memohon?

 

Pelajar yang berminat boleh memuat turun borang-borang berikut:

  1. SENARAI SEMAK BELAJAR DI LUAR NEGARA (OUTBOUND)
  2. BORANG PERMOHONAN BELAJAR DI LUAR NEGARA (OUTBOUND).PDF  
  3. BORANG PERMOHONAN BELAJAR DI LUAR NEGARA (OUTBOUND).DOCX 
  4. BORANG PERMOHONAN PENUKARAN PEKERJA (OUTBOUND)
  5. BORANG PERMOHONAN PENUKARAN KREDIT ANTARA INSTITUSI (OUTBOUND), SEKIRANYA PERLU
  6. BORANG LAPORAN MOBILITI OUTBOUND
  7. BORANG MAKLUMBALAS OUTBOUND

 

Sebagai tambahan kepada borang-borang berikut, kami juga memerlukan dokumen tambahan berkaitan seperti:

  • Surat pencalonan dari fakulti masing-masing.
  • Salinan transkrip akademik yang disahkan (setiap semester).
  • Salinan passport
  • Salinan akaun bank (mempunyai paparan nombor akaun)
  • Surat jemputan/surat penerimaan dari hos universiti.
  • Program itinerari.

 
Sila hantar semua borang dan dokumen ke fakulti masing-masing. Fakulti akan menghantar borang permohonan kepada kami.

Untuk permohonan Internship sila lengkapkan semua dokumen dengan sewajarnya dan untuk maklumat lanjut sila layari laman web PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (CIRNET).

 

Bantuan Kewangan

 

Permohonan akan melalui mesyuarat Jawatankuasa Mobiliti Pelajar yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang akan diadakan pada minggu *ke-3 setiap bulan. 

Pelajar adalah disyorkan untuk menghantar permohonan sekurang-kurangnya dua(2) bulan sebelum menjalani program mobiliti. 

 

*Jadual mesyuarat boleh berubah mengikut keperluan semasa. Pelajar dinasihatkan untuk merujuk seksyen mobiliti.

**Kadar bayaran yang dinyatakan didalam jadual ini boleh berubah mengikut keperluan semasa dan di atas keputusan Jawatankuasa Mobiliti Pelajar UPM. 

Kemaskini:: 10/11/2017 [farahdeena]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97696501
03 89466576
B1566615402