Ahli Akademik UPM Penerima Anugerah Citra Madani Oleh TalentCorp | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Ahli akademik UPM penerima Anugerah Citra Madani oleh TalentCorp

Ahli akademik UPM penerima Anugerah Citra Madani oleh TalentCorp

 

 

 

PULAU PINANG, 12 Mac – Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) melancarkan Bulan Pemerkasaan Wanita (WEM) 2023 dengan tema, “Be Strong, Be Tenacious, Be Kind” sempena Hari Wanita Antarabangsa.

 

Majlis WEM ini dilancarkan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, menyeru semua pihak berkepentingan untuk menangani pandangan stereotaip tentang peranan berasaskan jantina dan tanggungjawab tradisi terhadap wanita. “Sehubungan itu, amalan Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman boleh meningkatkan peluang untuk wanita terus bekerja di samping menggalakkan lelaki untuk sama-sama memikul tanggungjawab rumah tangga dan keluarga,” katanya.

 

WEM 2023 ini adalah kali kedua dilaksanakan selepas diperkenalkan pada tahun 2022, selaras dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac setiap tahun. Ia bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai isu berkaitan kesaksamaan gender, kepelbagaian, ekuiti dan inklusiviti (DEI) serta memastikan bahawa melaluinya, tenaga kerja wanita di Malaysia terus diperkukuhkan.

 

Foto: Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef

 

Anugerah Citra Madani yang julung kali diadakan turut disampaikan kepada 14 orang penerima termasuklah Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM). Dr. Fadhlina merupakan seorang ahli akademik dan technologist dalam Kepintaran Buatan (AI) dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mengetuai pelbagai projek berkaitan AI dan sains data, dan aktif dalam membimbing wanita lain untuk pemerkasaan kecekapan digital. Antara sumbangan beliau untuk membangunkan komuniti Wanita yang lebih besar dalam STEM terutamanya dalam AI ialah Back to Work Better, sebuah projek yang disampaikan melalui Program Kepimpinan Sains APEC 2021, yang ditaja oleh Agensi Teknologi dan Pembangunan Sains Kebangsaan, Thailand. Beliau juga telah menerbitkan artikel dan bercakap di pelbagai platform mengenai pemerkasaan wanita dalam era digital. Anugerah ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada segala usaha yang telah dilaksanakan agar lebih berdaya saing, di samping turut menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat Malaysia.

 

Foto: Kesemua penerima anugerah bersama YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia dan YB Puan Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

 

Sumber: TalentCorp

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 22/03/2023 | Kemaskini: 22/03/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdMAW~