G2 Rangkul Dua Hadiah Perbarisan | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » G2 Rangkul Dua Hadiah Perbarisan

G2 Rangkul Dua Hadiah Perbarisan

 

SERDANG, 21 Julai – Majlis Perasmian Sukan Staf UPM tahun 2023 yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor UM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman di Stadium UPM malam tadi yang turut dibarisi lapan gabungan perbarisan yang disertai seramai 400 peserta.

 

 

Pada majlis tersebut kesemua lapan gabungan perbarisan daripada pelbagai maskot telah mempamerkan persembahan dan kawad kaki yang bertenaga. Pertandingan perbarisan yang pertama kali diadakan buat julung kalinya diadakan selepas pandemik COVID-19 telah menarik perhatian orang ramai dan tetamu kehormat dengan perarakan perbarisan dan persembahan bunga api. Gelagat dan aksi spontan pelbagai maskot seperti ayam, panda, harimau, kala jengking, robot dan black panther disifatkan sangat mencuit hati penonton yang hadir pada majlis tersebut.

 

YBhg. Naib Canselor UPM menyifatkan sukan staf adalah platform membentuk semangat kebersamaan staf UPM serta persediaan atlet dan pasukan UPM untuk menyertai sukan yang lebih besar seperti Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) pada September ini dan Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) yang akan diadakan pada tahun depan.

 

Pada tahun ini, kontinjen perbarisan dari Gabungan 2 (G2) sekali lagi berjaya membawa pulang dua hadiah pada malam perasmian Sukan Staf UPM. Penat lelah dan usaha yang sempat diusahakan selama lima hari persiapan telah membuahkan hasil dengan kemenangan perbarisan tempat kelima terbaik daripada lapan kumpulan atau gabungan perbarisan. G2 sekali lagi dianugerahkan hadiah bagi kategori motto terbaik keseluruhan iaitu ‘Menggugat Lawan, Menggegar Impian’. Tahniah kepada PTJ daripada G2.

 

Gabungan 2 (G2) terdiri daripada:

Fakulti Pengajian Pendidikan

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Fakulti Rekabentuk dan Senibina

Institut Pengajian Sosial

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/07/2023 | Kemaskini: 23/07/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdJAR~