Hari Terbuka FSKTM 2023 Disambut Meriah | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Hari Terbuka FSKTM 2023 disambut Meriah

Hari Terbuka FSKTM 2023 disambut Meriah

 

 

SERDANG, Oktober 2023 - Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Hari Terbuka Fakulti 2023 bersempena sambutan Jubli Perak yang diadakan selama lima hari bermula 22 Oktober 2023 sehingga 26 Oktober 2023. Pelbagai acara menarik dianjurkan FSKTM bagi menarik pengunjung ke fakulti dengan menyasarkan lawatan dan kehadiran para pelajar di sekolah menengah, kolej dan politeknik.

 

Penganjuran Hari Terbuka FSKTM adalah bertujuan untuk memperluas pengetahuan pelajar tentang perkembangan terkini dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat. Mereka akan diberikan akses kepada informasi terkini, tren, dan inovasi yang relevan dalam industri. Acara yang julung kali diadakan ini turut mendapat tajaan daripada 10 syarikat industri antaranya Perodua Sales Sdn Bhd, Global Intelligence Sdn Bhd, Deloitte Consultation SEA, Huawei Technologies Sdn. Bhd., U Empower Sdn Bhd, ORIENPLEX, Kejuruteraan Minyak Sawit CSS, Kor Agama Angkatan Tentera (ATM), Maggie Malaysia dan juga Cybernetics International College Of Technology.

 

FSKTM melaksanakan sebanyak 26 acara dengan acara perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Prof. Dr. Ismi pada 23 Oktober 2023 di Dewan Abdul Azim, FSKTM. Hari pertama bermula dengan aktiviti riadah seperti Zumba dan Briswalk yang dianjurkan oleh pihak FSKTM dengan kerjasama Persatuan Pelajar Sains Komputer (ComSSa) UPM.  Kelab GSC-CSIT dan Unit Pengajian Siswazah menganjurkan Colloquium kepada pelajar pascasisawazah berkenaan Penulisan Efektif  dalam cadangan penyelidikan yang disampaikan oleh YBhg. Datin Prof. Dr. Hamidah Ibrahim di Dewan Abdul Azim. Sepanjang penganjuran Hari Terbuka FSKTM, prasiswazah berentap dan menunjukkan bakat dalam pertandingan e-SPORTS.

 

Hari kedua dan ketiga, para pelajar dapat menerokai dan mengenali peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak industri sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat kampus pengajian nanti di FSKTM. Hari keempat dan kelima, FSKTM menganjurkan sesi perkongsian dan pengalaman oleh ALUMNI UPM. Selain itu, kajian penyelidikan para penyelidik di FSKTM dipamerkan di iSPACE Blok C, FSKTM UPM. Pemain industri dari pelbagai agensi yang dijemput tidak ketinggalan memberikan ceramah berkenaan teknologi semasa dan kepakaran dalam bidang AI, IoT dan sains komputer.

 

Hari Terbuka FSKTM disambut meriah dengan kehadiran seramai 500 pengunjung yang terdiri daripada pelajar, guru, wakil industri dan alumni UPM. Pelbagai bentuk jualan melalui food truck dan hasil produk ternakan dan pertanian dari Putra Mart UPM dijual di ruang parkir FSKTM. Jualan buah durian mendapat sambutan tinggi oleh penggemar durian sehingga habis dijual dalam tempoh sejam.

 

Acara penutup dinantikan oleh pengunjung dan peserta dalam Hari Terbuka FSKTM dengan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dekan FSKTM, Prof. Madya Dr. Razali Yaakob.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/11/2023 | Kemaskini: 23/11/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdFAl~