Kejohanan Ping Pong Jemaah Dekan 2023 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Kejohanan Ping Pong Jemaah Dekan 2023

Kejohanan Ping Pong Jemaah Dekan 2023

 

SERDANG, Oktober 2023 – Kejohanan Ping Pong Jemaah Dekan buat julung kali diadakan melibatkan perlawanan di antara fakulti-fakulti di Dewan Akademik Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula 16 Oktober 2023 hingga 19 Oktober 2023.

 

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan (KSSFK) UPM dengan kerjasama Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) berjaya menarik penyertaan seramai 110 orang peserta daripada keseluruhan fakulti yang bertanding dalam Kejohanan Ping Pong Jemaah Dekan iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Pertanian (FP), Fakulti Ekologi dan Manusia (FEM), Fakulti Sains (FS), Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dan Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB).

 

Kejohanan Ping Pong Jemaah Dekan diadakan bertujuan untuk mempromosikan amalan gaya hidup sihat dan mewujudkan semangat kesukanan di kalangan staf. Kejohanan ping pong pada tahun ini ditentukan mengikut format berpasukan dan mengikut Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UPM.

 

Pengurus Pasukan Ping Pong FSKTM, Prof. Madya Dr. Azrul Hazri Jantan telah menghantar pasukan pemain ping pong untuk bertanding dan mewakili dalam setiap kategori perlawanan. Perkiraan mata perlawanan adalah secara kumpulan dan susunan perlawanan dalam kejohanan ini adalah perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki (veteran), beregu lelaki dan beregu campuran. Para pemain dari FSKTM adalah Prof. Madya Dr. Iskandar Ishak, Dr. Noris Norowi, Dr. Khairul Azhar Kasmiran, Puan Raja Azlina Raja Mahmood, Cik Norhidayati Mohd Radzi, Encik Akmal Hafiz Ngah (kapten), Encik Md Nor Azman Osman, Encik Mohd Nasir Ahmad, Encik Mohamad Hafiz Abd Rahim dan Encik Muhammad Haris Harun.  

 

Pada awal pertemuan perlawanan yang diadakan secara cabutan undi berjaya menempatkan FSKTM sebagai juara kumpulan C setelah menewaskan FEM 4-1 dan seterusnya berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Hasrat Pasukan Ping Pong FSKTM ke peringakt akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada Pasukan Ping Pong FPSK dengan kiraa mata 1-3.

 

Pada peringkat akhir, pasukan ping pong sandaran dari FK berjaya menewaskan FPSK dan dinobatkan sebagai johan dalam Kejohanan Ping Pong Jemaah Dekan 2023. Penyampaian hadiah kepada para pemain disempurnakan oleh YBrs Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 20/10/2023 | Kemaskini: 20/10/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdEAf~