Lawatan Kerja Dan Kunjungan Hormat KAGAT Angkatan Tentera Malaysia Ke FSKTM UPM Sempena Hari Terbuka Fakulti 2023 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Lawatan Kerja dan Kunjungan Hormat KAGAT Angkatan Tentera Malaysia ke FSKTM UPM Sempena Hari Terbuka Fakulti 2023

Lawatan Kerja dan Kunjungan Hormat KAGAT Angkatan Tentera Malaysia ke FSKTM UPM Sempena Hari Terbuka Fakulti 2023

 

 

SERDANG, Oktober 2023 - Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan kerjasama awal melalui kunjungan lawatan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Fakulti menerima kunjungan delegasi daripada KAGAT yang diterajui oleh Ketua Pengarah, YBhg. Mej Jen Dato' Haji Mohd Rashidi bin Bujai, bersama Lt. Kol Nasaruddin bin Abd Wahab, Ketua Pentadbiran dan Logistik di KAGAT, dan Lt. Kol Mohd Reduan bin Hussin, yang mengetuai Komunikasi dan IT di KAGAT. Majlis Hari Terbuka FSKTM ini adalah bersempena sambutan Jubli Perak, sebagai penanda aras ke arah kerjasama yang menguntungkan.

 

Delegasi dari KAGAT telah direncanakan bersama dalam lawatan ke Program Khidmat Masyarakat, yang diuruskan oleh Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian FSTKM. Program ini dirangka bagi memperkayakan ilmu 21 orang pelajar Sekolah Tahfiz dan Rumah Anak Yatim (STAY) ATM yang diiringi oleh Mej. Zainita binti Ishak dan beberapa orang guru. Program ini adalah sebahagian daripada komitmen yang ditunjukkan oleh fakulti melalui perkongsian pengetahuan kepada komuniti tempatan dengan memperkenalkan mereka beberapa topik penting, termasuk teknologi berkaitan rangkaian, yang membentuk infrastruktur Internet global. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber, satu aspek penting dalam menghadapi cabaran era Revolusi Perindustrian Ke-4 yang sentiasa berkembang.

 

Selepas lawatan kerja ini, delegasi meneruskan perbincangan mengenai potensi kerjasama dengan fakulti. Perbincangan ini telah diketuai oleh Dekan FSKTM yang YBrs. Prof. Madya Dr. Razali bin Yaakob. Pihak fakulti berharap kerjasama erat dapat terjalin dan beterusan memberi manfaat kepada fakulti dan UPM pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/10/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdMAf~