Lawatan Profesor Dr. Saman K. Halgamuge Ke UPM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Lawatan Profesor Dr. Saman K. Halgamuge ke UPM

Lawatan Profesor Dr. Saman K. Halgamuge ke UPM

 

 

 

 

SERDANG, November 2023 – Jabatan Sains Komputer (JSK), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan Profesor Pelawat Kehormat dari University of Melbourne, Profesor Dr. Saman K. Halgamuge. Beliau telah dilantik sebagai Profesor Pelawat Kehormat bagi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

Beliau telah mengadakan sesi lawatan di UPM pada 8 hingga 9 November 2023 di UPM amnya selaku Profesor Pelawat Kehormat bagi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Pihak Jabatan Sains Komputer telah merangka beberapa aktiviti yang berjaya dilaksanakan sepanjang kehadiran Profesor di UPM.

 

Prof. Dr. Saman menyampaikan ceramah khas bertajuk “Combining Two Different Directions of AI and Applications in Medicine and Sustainable Energy” yang diadakan di Dewan Abdul Azim dan boleh diikuti secara langsung melalui platform media sosial Facebook Live FSKTM.

 

Kunjungan beliau di Jabatan Sains Komputer dimanfaatkan dengan perkongsian perbincangan kerelevenan penawaran program Master Secara Kerja Kursus (MSKK) dan Program Bacelor Sains Komputer.

 

Malah, tidak ketinggalan perkongsian Prof. Saman berkaitan ranking universiti dan perbincangan bersama ahli jabatan berkaitan penerbitan penyelidikan, penyeliaan, sabatikal dan sebagainya.

 

Perbincangan bersama pelajar penyelidikan dengan membentangkan secara ringkas kerja penyelidikan untuk mendapatkan komen dan pendapat Prof.

Kesempatan beliau di UPM, pihak JSK mengadakan pertemuan bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA), ahli pengurusan FSKTM dan sesi perkenalan bersama ahli Jabatan Sains Komputer.

Sesi lawatan ini telah meningkatkan jalinan akademik dan profesionalisme antara ahli Jabatan Sains Komputer dengan Profesor Dr. Saman dan menyemai peluang-peluang akan datang dalam bidang akademik dan kerjaya.

 

 

Sumber: Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/11/2023 | Kemaskini: 23/11/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdEAq~