Pelajar Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat UPM Bangunkan Teknologi AI Mudahkan Umat Islam Dalami Al-Quran | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM bangunkan teknologi AI mudahkan umat Islam dalami Al-Quran

Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM bangunkan teknologi AI mudahkan umat Islam dalami Al-Quran

 

 

 

 

SERDANG, 22 Januari 2024- Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat(FSKTM), Universiti Putra Malaysia(UPM) mengambil inisiatif membangunkan kecerdasan buatan atau dikenali sebagai artificial intelligence (AI) bertujuan untuk memudahkan masyarakat beragama Islam mendapat ilmu dalam mendalami Al-Quran dengan aplikasi yang kreatif.

 

Menurut Pengarah Program Kolokium Digital Multimedia, Prof Dr. Rahmita Wirza O.K Rahmat berkata, program ini adalah kerjasama dengan Telaga Biru dan Telaga Biru Digital bagi memudahkan orang ramai mendapatkan informasi dengan lebih tepat menerusi pembacaan dari hasil kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi AI.

"Kolaborasi Telaga Biru dan Telaga Biru Digital dapat membimbing pelajar FSKTM menghasilkan sebuah aplikasi yang membanggakan dan memudahkan masyarakat beragama Islam mendapat ilmu," katanya.

 

 

 

Pelajar Bacelor Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia), FSKTM, Muhammad Hakim Zulkhainain menyedari industri buku kini kurang digemari golongan muda dan beliau ingin menarik lebih ramai golongan muda membaca dan menghayati ilmu agama menggunakan teknologi AI.

 

"Saya telah membangunkan sebuah model AI untuk menarik minat kanak-kanak dan golongan muda di luar sana dengan memahami surah Al- 'Asr. "Aplikasi yang dibangunkan ini menceritakan lebih terperinci berkaitan surah Al- 'Asr yang menekankan masa dalam kehidupan seharian manusia.

 

"Saya harap dengan aplikasi yang dibangunkan ini kanak-kanak dan golongan muda yang membaca buku ini akan lebih memahami dan berminat untuk mendalami surah-surah lazim dan mandalami Al-Quran menggunakan teknologi AI" katanya.

 

Pelajar FSKTM telah membentangkan hasil yang dibangunkan pada Program Kolokium Multimedia Digital dengan kerjasama bersama Telaga Biru dan Telaga Biru Digital hari ini.

Bagi pelajar Bacelor Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia), FSKTM, Siti NurNajihah Noor Faizam, aplikasi yang dibangunkannya ini akan dapat membantu kanak-kanak untuk mempelajari kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran dengan peceritaan gambar dengan penerangan yang sangat kreatif dan tidak membosankan semasa membaca buku.

 

"Aplikasi yang dibangunkan oleh saya menceritakan semua kisah-kisah haiwan yang terdapat di dalam Al-Quran yang ramai tidak tahu. Dalam aplikasi yang dibangunkan saya memilih gajah yang diceritakan dalam surah Al- Fil bagi memahami kisah dengan lebih terperinci dan mengambil iktibar dari kisah ini. Harapan saya selepas tamat belajar ialah untuk membantu kanak-kanak dan golongan muda menghayati dan memahami kisah-kisah teladan yang terdapat di dalam Al-Quran dengan lebih kreatif menggunakan teknologi AI," ujarnya.

 

Program Kolokium Multimedia Digital merupakan program kolaborasi FSKTM UPM dengan Telaga Biru Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Digital Sdn. Bhd. Program ini ialah penghasilan dan penanda aras baharu untuk penerbitan melalui teknologi 3D dan AR.

Pelajar menghasilkan “mobile application” dengan menghimpunkan karya buku terbitan Telaga Biru khususnya dan ditambahbaik dengan kandungan berbentuk 3D interaktif dan AR. Turut diserlahkan dengan “voice-over” bagi menjadikan bahan lebih menarik untuk tatapan awam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 01/02/2024 | Kemaskini: 01/02/2024 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbXAP~