Pelajar UPM Juara Pertandingan EY Tech Challenge Dan DevHack International Hackathon 2023 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pelajar UPM Juara Pertandingan EY Tech Challenge dan DevHack International Hackathon 2023

Pelajar UPM Juara Pertandingan EY Tech Challenge dan DevHack International Hackathon 2023

 

Gambar dari kiri: Lavinya Puvanathan, Chai Kok Cheng dan Vanessa Yew

 

 

KUALA LUMPUR, Disember 2023 - Chai Kok Cheng pelajar dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM memenangi EY Young Technology Professional Challenge 2023 anjuran Ernst & Young (EY) dengan kerjasama Petronas dan SAP. Bersama rakan sepasukannya, Lavinya Puvanathan dan Vanessa Yew, mereka berbakat dalam membangunkan penyelesaian teknologi inovatif dan kes perniagaan yang komprehensif. Sentuhan kerja luar biasa mereka bukan sahaja mendapat tempat teratas malah melayakkan mereka menerima Ijazah Kehormat bagi Skala Inovasi dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000.

 

Gambar: Chai Kong Cheng (Ketua)

 

 

Seterusnya, Chai Kok Cheng yang mengetuai pasukan FourFuture menjuarai pertandingan DevHack International Hackathon 2023 dengan hadiah wang tunai yang dimenangi sebanyak RM6000, tajaan Kumpulan Pemaju Google GeorgeTown. Pertandingan ini melibatkan persaingan dengan peserta dari 22 buah negara di mana pasukan FourFuture yang terdiri daripada Chai Kok Cheng, Ng Yong Jing, Wong Jie dan Pua Ching Ying telah mempamerkan kemahiran dan inovasi yang luar biasa. Inovasi yang dihasilkan oleh pasukan iaitu  FreshRescue, berjaya menampilkan penyelesaian masalah bagi mengatasi sisa makanan menggunakan teknologi AI, AR, dan Pembelajaran Mesin.

 

Gambar:  FourFuture (Juara Pasukan)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 22/12/2023 | Kemaskini: 22/12/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdNAS~