Penganjuran Program Road To Entrepreneur Membentuk Usahawan Digital UPM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Penganjuran Program Road to Entrepreneur Membentuk Usahawan Digital UPM

Penganjuran Program Road to Entrepreneur Membentuk Usahawan Digital UPM

 

 

SERDANG, 25 Julai – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment (WAZAN) dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) berjaya menganjurkan program ‘Road to Technopreneur’ sebagai inisiatif untuk membimbing dan melahirkan usahawan digital di kalangan siswa UPM.

 

 

Program yang berlangsung selama lapan hari bermula 17 hingga 24 Julai baru-baru ini telah disertai seramai 13 orang peserta yang terpilih dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM.

Timbalan Pengarah PKPP UPM, Dr. Hizmawati Madzin berkata, program pensijilan ini merupakan nilai tambah yang bertujuan untuk memupuk jiwa keusahawanan dalam kalangan pelajar serta mendorong mereka meneroka bidang teknologi dan pendigitalan yang sedang berkembang pesat.

 

Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang berkata, beliau berharap inisiatif PKPP serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ini menjadi langkah penting untuk melahirkan lebih ramai usahawan digital siswa yang boleh membantu memenuhi keperluan pasaran keusahawan negara.

 

Pelbagai idea menarik serta pengalaman berharga dikongsikan sepanjang mereka terlibat dalam bidang usahawan teknologi ini berjaya membuka mata dan minda peserta sekali gus menjadi sumber motivasi dan galakan untuk terus menceburi bidang ini.

 

Penganjuran program sebegini mampu mengukuhkan jaringan industri melalui kerjasama yang strategik di antara pihak industri dan UPM. Malah bakal graduan UPM juga mampu memberi sumbangan idea dan tenaga kerja kepada bakal majikan yang memerlukan kemahiran bersesuaian dalam keusahawanan digital.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/07/2023 | Kemaskini: 27/07/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdHAL~