SERDANG, 28 MEI – Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mengadakan webinar yang bertajuk Psikologi Pendidikan. Sesi perkongsian ilmu berbentuk webinar ini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM melalui platform sidang video menggunakan aplikasi Google Meet dan FB Live.
Penganjuran webinar ini adalah bertujuan untuk memberi perkongsian mengenai psikologi yang khusus dalam mempelajari, meneliti dan membahas seluruh tingkah laku manusia yang terlibat dalam proses pendidikan yang meliputi tingkah laku belajar (oleh pelajar), tingkah laku mengajar (oleh guru) dan tingkah laku belajar mengajar (interaksi guru dan pelajar) di FSKTM dan khususnya dan UPM secara amnya.
Perkongsian mengenai psikologi ini telah menarik seramai 36 orang peserta daripada dalam dan luar UPM yang dibantu oleh tenaga penggerak dari kalangan pensyarah dan staf sokongan dalam membantu para pensyarah mempelajari proses pengajaran dan pembelajaran secara selektif dan efektif.
Program ini berjalan lancar di mana para peserta sangatlah berpuas hati dapat berkongsi pengalaman dan pandangan bersama penceramah di akhir webinar semasa sesi soal jawab (Q&A).
Tarikh Input: 01/06/2021 | Kemaskini: 02/06/2021 | akmalhafiz
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan