Program Gotong-Royong Mega FSKTM 2023 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Program Gotong-Royong Mega FSKTM 2023

Program Gotong-Royong Mega FSKTM 2023

Oleh: Akmal Hafiz Ngah, Khairul Azhar Kasmiran

Foto: Nur Aimi Aqilah Abdul Aziz

SERDANG, 6 MAC – YBrs. Prof. Madya Dr. Razali Yaakob, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah melancarkan Program Gotong-Royong Mega sempena Hari Kelestarian Hijau peringkat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Dewan Kuliah Utama.

Gotong-royong ini diadakan bagi memenuhi tanggungjawab warga fakulti dalam menerapkan pembudayaan kelestarian hijau dan mengekalkan persekitaran yang bersih di tempat kerja. Semangat berganding bahu di kalangan warga fakulti untuk mengadakan gotong-royong ini juga adalah sebagai persediaan menghadapi kemasukan pelajar pada semester baharu akan datang. 

Sebelum memulakan gotong-royong, Prof. Madya Dr. Nurliyana Abdullah telah memberi taklimat agihan tugas kerja mengikut kumpulan pasukan yang dibahagikan kepada tiga buah blok. Setiap pasukan dipecahkan kepada dua kumpulan lelaki dan wanita yang akan melaksanakan tugasan di persekitaran luar dan dalam fakulti.

                                 

Semasa memulakan kerja yang kelihatan pada awalnya sukar dilaksanakan telah menjadi lebih mudah ibarat pepatah melayu, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kerja yang dimulakan pada waktu pagi dengan membersihkan kawasan takungan air dan dahan pokok yang panjang di sebelah luar manakala wanita memberi tumpuan kebersihan dalam bilik-bilik kuliah, bilik mesyuarat dan makmal. Penganjuran gotong-royong ini dilaksanakan dengan kerjasama erat setiap ahli dan semangat kerja berpasukan. Program ini telah mendapat sokongan dan kerjasama yang baik di kalangan warga fakulti melibatkan ahli pengurusan dan para penyelidik serta staf pelaksana di semua peringkat usia. Usaha ini dirasakan perlu dikekalkan bagi memupuk kerjasama dan memudahkan tugasan di pejabat.

 

Tarikh Input: 10/03/2023 | Kemaskini: 23/03/2023 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdHAb~