Sumbangan Port Switch Cisco Terpakai Daripada PayNet Kepada FSKTM UPM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Sumbangan Port Switch Cisco Terpakai daripada PayNet kepada FSKTM UPM

Sumbangan Port Switch Cisco Terpakai daripada PayNet kepada FSKTM UPM

 

 

KUALA LUMPUR,  2023 – Pihak Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan salah satu wakil dari Institusi Pengajian Tinggi Awam  telah menghadiri majlis penyerahan sumbangan 12 buah CISCO Switch terpakai dari Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) sebagai sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka kepada komuniti.  Beberapa institusi lain juga telah hadir dalam majlis penyerahan sumbangan peralatan rangkaian tersebut yang terdiri daripada beberapa universiti, politeknik dan kolej vokasional.

Switch ini amat bermanfaat untuk proses pengajaran dan pembelajaran  berkaitan rangkaian komputer di fakulti, terutamanya  di Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian,  FSKTM.   Jalinan industri ini diketuai oleh Puan Raja Azlina Raja Mahmood.  Pihak Fakulti  menghargai sumbangan yang diberikan ini dan mengharapkan kerjasama antara Paynet dan UPM akan berterusan di masa akan datang. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ts. Sau Wern, Ketua Kejuruteraan Platform dari PayNet.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 22/12/2023 | Kemaskini: 22/12/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdKAO~