UPM Berjaya Mencapai 9 Teratas Dalam Persaingan Pembangun Huawei 2023 APAC | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » UPM berjaya mencapai 9 Teratas dalam Persaingan Pembangun Huawei 2023 APAC

UPM berjaya mencapai 9 Teratas dalam Persaingan Pembangun Huawei 2023 APAC

SERDANG, September 2023 - CyberWhiz dari FSKTM, UPM telah berjaya mencapai 9 Teratas dalam “Huawei Developer Competition 2023 APAC”.

 

 

Beberapa pasukan dari fakulti menghantar cadangan mereka pada Julai 2023 dan dua pasukan yang terdiri daripada pasukan MEGAMINDS dan CyberWhiz layak ke pusingan pertama, kumpulan Top 50. Selepas pemilihan dan penilaian pusingan ke-2, CyberWhiz telah dipilih untuk berada dalam kumpulan Top9 kategori pelajar dan profesional dari rantau Asia Pasifik. CyberWhiz akan bertanding di hadapan hakim di Shenzhen China (sekitar bulan November 2023). Pelajar yang terlibat adalah dari Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM, Muhammad Anas, Muhammad Farhan, Jason Xin Ying, Mohammad Farhan, Anis Nadira dan mereka telah dibimbing oleh Pn Raja Azlina binti Raja Mahmood. Tahniah kepada Pn Raja Azlina & mentee-mentee kerana berjaya masuk ke dalam Top9 Teams. Semoga mereka akan berjaya di China tidak lama lagi.

 

Sumber: Huawei Developer Competition 2023 APAC

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/09/2023 | Kemaskini: 26/09/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdKAF~