UPM Dan Innopolis University Jalin Kerjasama Untuk Promosi ICT | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » UPM dan Innopolis University jalin kerjasama untuk promosi ICT

UPM dan Innopolis University jalin kerjasama untuk promosi ICT

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

Foto Oleh: Saleha Haron

 

 

 

SERDANG, 1 Mac – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Innopolis University, Rusia hari ini dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

 

MoU menerusi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UPM ini merupakan salah satu usaha ke arah perkongsian yang kukuh dalam pembelajaran teknologi dan promosi ICT.  Objektif utama kerjasama MoU ini adalah menjurus kepada pertukaran amalan terbaik dan pengalaman inovatif ICT dan pertukaran ahli fakulti serta pelajar dalam pembelajaran, lawatan, eksperimen bersama, latihan amali dan pelaksanaan projek kerjasama lain.

 

Selain itu, kerjasama ini juga berusaha untuk membangunkan bidang penyelidikan bersama serta membentuk bidang kerjasama lain yang akan dipersetujui bersama oleh kedua-dua entiti ini dalam membentuk sinergi kepakaran dua pihak.

 

Usaha ini juga mendukung Matlamat 2 Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Mewujudkan Hab Penyelidikan dan Inovasi yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail dan Dekan FSKTM, Prof. Madya Dr. Razali Yaakob. - UPM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 02/03/2023 | Kemaskini: 02/03/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdEAQ~