UPM Rangkul Juara Dan Anugerah Terbaik ITREXC Sempena SRIE R&D 2023 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » UPM Rangkul Juara dan Anugerah Terbaik ITREXC Sempena SRIE R&D 2023

UPM Rangkul Juara dan Anugerah Terbaik ITREXC Sempena SRIE R&D 2023

 

 

KUALA LUMPUR, Oktober 2023 - Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE) atau Ekspo SRIE 2023 merupakan pertandingan R&D dan inovasi buat yang terbuka kepada penyelidik seluruh negara. Pertandingan siri keempat pada tahun ini berlangsung bermula 19 hingga 22 Oktober 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

 

Inovasi Moringo hasil teknologi Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkul Juara Selangor R&D and Innovation Expo 2023 kategori Institut Pengajian Tinggi, sekali gus memenangi hadiah tunai berjumlah RM8,000.

 

Produk Moringo, Moringa Chewable Tablets – Sweets and Yet Nutritious merupakan produk inovasi penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Makanan, Fakulti Kejuruteraan UPM yang juga Timbalan Pengarah, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) UPM, Prof. Dr. Yus Aniza Yusof. Produk ini dihasilkan daripada serbuk daun Moringa oleifera atau dikenali sebagai daun kelor, daun lemunggai, merupakan ‘superfood’ yang mengandungi khasiat tinggi.

 

Selain itu, UPM turut berjaya memenangi ‘The Best Research Innovation Award’ dan pingat emas di 4th International Innovation, Technology & Research Exhibition and Conference (ITREXC) sempena penganjuran SRIE 2023. Projek inovasi bertajuk ‘Internet of Sports (Iosrocks) Sports Performance Analysis System’ merupakan projek ciptaan Prof. Datuk Dr. Shamala Subramaniam dari Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM.

 

 

 

Sumber: Dagangnews.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/10/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdHAW~