Pengenalan
Jabatan Multimedia ditubuhkan untuk memperkenalkan secara meluas pelbagai kursus prasiswazah yang akan membangunkan kemahiran dalam komputeran multimedia dan juga pengetahuan secara mendalam berkaitan dengan teknologi multimedia terkini. Semua kursus yang ditawarkan adalah direka bentuk untuk memberikan pelajar satu kefahaman mendalam berkaitan teknologi multimedia dan kemahiran yang membolehkan pelajar membangunkan perisian baharu dengan menggunakan multimedia secara kreatif yang mana ini bertujuan untuk mencapai institusi komputeran multimedia kelas pertama.
Objektif
Jabatan Multimedia ditubuhkan bertujuan untuk:
Program Akademik
Jabatan menawarkan program Bacelor Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) dengan Kepujian. Program yang ditawarkan adalah menepati kehendak industri dalam meningkatkan kepakaran profesional dan teknikal dalam bidang komputeran multimedia. Kursus yang ditawarkan mengkhusus ke arah sistem perisian untuk produksi multimedia, kombinasi aplikasi internet dan multimedia, latihan praktikal dalam teknologi produksi audio dan video dan juga animasi komputer.
Prospek Pekerjaan
Jabatan Multimedia bersedia untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang pengaturcaraan, pembangunan dan pengurusan multimedia. Di antara bidang pekerjaan yang boleh diceburi oleh bakal-bakal graduan jabatan ini adalah seperti berikut:
Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.
Kemaskini:: 05/06/2026 [aimiaqilah]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Unit Akademik: 03-9769 1737
Unit Siswazah dan Antarabangsa: 03-9769 1742
Unit Komunikasi Korporat: 03-9769 3096