Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia yang begitu sinonim dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Sebagai ikon kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, UPM sering merangkul anugerah-anugerah berprestij dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi di peringkat antarabangsa sehingga berada di dalam senarai universiti terbaik di dunia.
Kejayaan demi kejayaan membanggakan yang diterima oleh UPM telah menambat minat dan keyakinan ramai pelajar tempatan serta luar negara seperti Perancis, Arab Saudi, Iran dan Australia melanjutkan pelajaran mereka di UPM yang juga terkenal dengan persekitaran alam semula jadi kampus yang menghijau lagi mendamaikan.
Jika anda menggenggam hasrat untuk mengecap kecemerlangan dalam kerjaya serta ingin menimba pengalaman berharga dalam persekitaran yang selesa, aman serta kondusif, UPM amat mengalu-alukan kedatangan anda.
Komitmen yang tinggi dalam persekitaran yang dinamis adalah kunci utama kepada kecemerlangan warga UPM dalam melaksanakan misi dan visi universiti.
Sehingga Februari 2013, UPM mempunyai 6,555 warga kerja yang berdedikasi dan berdaya saing dalam bidang masing-masing. Daripada jumlah itu, seramai 1,750 warga kerja UPM terdiri daripada Staf Akademik termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas dan Felo Perunding.
Manakala 888 warga kerja UPM adalah Staf Bukan Akademik iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta 3,498 warga kerja adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan.
Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.
Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya.
Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumnipada bila-bila masa.
Permohonan adalah atas talian sepenuhnya. Pengambilan pelajar pada setiap bulan Februari (tertakluk kepada permohonan yang diterima/dibuka) dan September, permohonan kemasukan adalah sepanjang tahun.
Kami menawarkan Program Prasiswazah antaranya:
Bacelor Sains Komputer dengan Kepujian
Bacelor Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) dengan Kepujian
Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer) dengan Kepujian
Bacelor Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian
Sila klik di sini untuk memuat turun maklumat berkenaan program prasiswazah kami.
Panduan Pelajar Baharu bagi Sesi 2025/2026
No.
Maklumat
Pautan
1.
Buku Panduan Pengajian Pra Siswazah Sesi 2025/2026
2.
Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik Prasiswazah) 2014
3.
Skema Kesetaraan / Pengecualian kursus untuk lepasan Diploma
4.
Skema ELEx
5.
Kalendar Akademik Bacelor Sesi 2025/2026
6.
Jadual Waktu Kuliah Semester Pertama 2025/2026
7.
Ujian Komunikasi dalam Bahasa Melayu (UKOM)
SYARAT KEMASUKAN PENGAJIAN SISWAZAH
Permohonan adalah dalam talian sepenuhnya. Pengambilan pelajar pada setiap bulan Mac dan September, permohonan kemasukan adalah sepanjang tahun.
Kami menawarkan Program Pengajian Siswazah antaranya:
1) Program Secara Penyelidikan
Doktor Falsafah (PhD)
Master Sains
2) Program Secara Kerja Kursus
Master Sains Komputer
Master Keselamatan Maklumat
Master Kejuruteraan Perisian
Master Rangkaian Komputer
Maklumat lanjut berkaitan Program Pengajian Siswazah boleh didapati di sini.