Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat terletak bersebelahan dengan tasik yang berada di Pintu Utama UPM. Fakulti ini terdiri daripada empat jabatan iaitu Jabatan Multimedia, Jabatan Sains Komputer, Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat dan Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian.
Permohonan adalah atas talian sepenuhnya. Pengambilan pelajar pada setiap bulan Februari (tertakluk kepada permohonan yang diterima/dibuka) dan September, permohonan kemasukan adalah sepanjang tahun.
Kami menawarkan Program Prasiswazah antaranya:
Bacelor Sains Komputer dengan Kepujian
Bacelor Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) dengan Kepujian
Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer) dengan Kepujian
Bacelor Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian
Sila klik di sini untuk memuat turun maklumat berkenaan program prasiswazah kami.
e-Kits Pelajar Baharu, 2022/2023
No.
Maklumat
Pautan
1.
Atur Cara Program Minggu Perkasa Putra Peringkat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Sesi 2022/2023
Permohonan adalah atas talian sepenuhnya. Pengambilan pelajar pada setiap bulan Februari dan September, permohonan kemasukan adalah sepanjang tahun.
Kami menawarkan Program Master Sains Komputer, Master Keselamatan Maklumat dan Master Kejuruteraan Perisian. Sila klik di sini untuk memuat turun maklumat berkenaan program siswazah (program master dengan kerja kursus) kami.
Maklumat lanjut berkaitan program PhD dan Master (tanpa kerja kursus) boleh dimuat turun di sini.
Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar.
Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.
Pra Siswazah:
A1. MANUAL TAKLIMAT PUTRABLAST - CADe Klik di sini
A2. TAKLIMAT PROGRAM DAN PERKARA AKADEMIK - Klik di sini
B. TAKLIMAT PROGRAM PENGAJIAN DAN PENDAFTARAN KURSUS BERSAMA JABATAN & KETUA PA
Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.
Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya.
Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumnipada bila-bila masa.
Komitmen yang tinggi dalam persekitaran yang dinamis adalah kunci utama kepada kecemerlangan warga UPM dalam melaksanakan misi dan visi universiti.
Sehingga Februari 2013, UPM mempunyai 6,555 warga kerja yang berdedikasi dan berdaya saing dalam bidang masing-masing. Daripada jumlah itu, seramai 1,750 warga kerja UPM terdiri daripada Staf Akademik termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas dan Felo Perunding.
Manakala 888 warga kerja UPM adalah Staf Bukan Akademik iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta 3,498 warga kerja adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan.
Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia yang begitu sinonim dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Sebagai ikon kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, UPM sering merangkul anugerah-anugerah berprestij dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi di peringkat antarabangsa sehingga berada di dalam senarai universiti terbaik di dunia.
Kejayaan demi kejayaan membanggakan yang diterima oleh UPM telah menambat minat dan keyakinan ramai pelajar tempatan serta luar negara seperti Perancis, Arab Saudi, Iran dan Australia melanjutkan pelajaran mereka di UPM yang juga terkenal dengan persekitaran alam semula jadi kampus yang menghijau lagi mendamaikan.
Jika anda menggenggam hasrat untuk mengecap kecemerlangan dalam kerjaya serta ingin menimba pengalaman berharga dalam persekitaran yang selesa, aman serta kondusif, UPM amat mengalu-alukan kedatangan anda.
Sehingga kini, isu keselamatan siber tetap menjadi antara perhatian utama di Malaysia. Kes seperti pencerobohan keselamatan data peribadi, pancingan data, buli siber dan pelbagai jenis penipuan dalam talian dilihat semakin meningkat.
SERDANG, 7 JULAI – YBrs. Prof. Madya Dr. Razali Yaakob, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah melancarkan Program Gotong-Royong Mega sempena Hari Kelestarian Hijau peringkat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Dewan Kuliah Utama.