SOALAN LAZIM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Prasiswazah
1
Bagaimana saya hendak mengikuti program Bachelor Sains Komputer di FSKTM?

Untuk memohon program yang ditawarkan di fakulti, anda boleh memohon melalui Aplikasi dalam Talian (http://upu.mohe.gov.my) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kemasukan September setiap tahun.

2
Di manakah saya boleh  memperolehi maklumat syarat kemasukan program Bacelor?

Syarat kemasukan boleh didapati melalui pautan http://www.fsktm.upm.edu.my/akademik/pra_siswazah/syarat_kemasukan-385

3
Apakah senarai Program Bacelor yang ditawarkan?  

  • Bacelor Sains Komputer dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer) dengan Kepujian
  • Bacelor Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian


  • Umum
    4
    Bolehkah saya melawat UPM/Fakulti?

    Kawasan di dalam Universiti boleh dilawati oleh orang awam, walaubagaimanapun kebanyakan kawasan pejabat hanya boleh dimasuki dengan kad staf atau kad pelajar sahaja. Sekiranya anda berminat untuk membuat lawatan ke lokasi-lokasi tertentu sila maklumkan kepada pihak universiti atau berhubung terus dengan Fakulti/Institut/Pusat/Kolej/Pejabat yang berkenaan.

    5
    Berapa lamakah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah ditubuhkan di UPM?

    Evolusi global dan kepentingan pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang komputer dimanfaatkan secara strategik dalam penawaran program UPM pada tahun 1980-an. Antara strategi berkesan bagi mencapai matlamat ini ialah melalui penawaran kursus Diploma dan Bacelor Sains Komputer. Permintaan dan perkembangan pesat kursus-kursus tersebut memerlukan struktur pentadbiran dan akademik yang khusus. Maka menjelang tahun 1992, selaras dengan kemajuan pesat teknologi maklumat, Jabatan Sains Komputer telah ditubuhkan. Sehubungan itu, kursus-kursus telah direkabentuk dan ditawarkan untuk memenuhi permintaan dan keperluan kebanyakan pelajar dengan mencontohi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa. Ini merangkumi pengajian pasca siswazah dan penyeliaan bagi pelajar yang meneruskan pengajian dalam bidang Master Sains dan Doktor Falsafah. Dalam tahun 1995, UPM telah bergerak selangkah lagi dalam bidang pembelajaran komputer. Maka, menyedari intipati sebenar pendidikan tanpa sempadan, Diploma dan Bacelor Sains Komputer ditawarkan dengan kerjasama antara UPM dan institusi pendidikan swasta. Ini sejajar dengan perkembangan pembelajaran komputer di UPM yang semakin meluas. Pada bulan Oktober 1998, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat secara rasminya ditubuhkan bagi memenuhi permintaan program akademik tambahan dan juga selaras dengan perkembangan pesat dalam bidang berkenaan. Penubuhan fakulti juga selari dengan matlamat universiti agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Pada masa kini, fakulti ini terdiri daripada empat jabatan iaitu Jabatan Multimedia, Jabatan Sains Komputer, Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat dan JabatanTeknologi Komunikasi dan Rangkaian.


    Pascasiswazah
    6
    Bagaimanakah cara untuk memohon program pascasiswazah di UPM?

    Permohonan program pascasiswazah di UPM adalah secara dalam talian di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal.  Untuk permohonan kemasukan baru, bakal pelajar disarankan untuk lawati laman web Sekolah Pengajian Siswazah di http://www.sgs.upm.edu.my/prospective_students-2964.

    7
    Bilakah permohonan saya untuk kemasukan perlu dihantar ke UPM?

     

    8
    Apakah syarat kemasukan akademik minimum untuk program Master atau PhD di FSKTM?

    Sila layari pautan berikut untuk maklumat syarat kemasukan bagi setiap program https://fsktm.upm.edu.my/akademik/pasca_siswazah/syarat_kemasukan-440

    9
    Saya adalah pelajar semester akhir program ijazah. Adakah saya boleh membuat permohonan program pascasiswazah di UPM?

    Ya. Pelajar program ijazah tahun akhir boleh membuat permohonan program pascasiswazah menggunakan PNGK semasa.

    10
    Berapakah anggaran yuran pengajian untuk program pasca siswazah?

    Sila layari pautan berikut untuk maklumat lanjut di https://sgs.upm.edu.my/content/tuition_fees-40583

    11
    Adakah program secara kerja kursus dilangsungkan pada waktu siang atau malam atau hujung minggu?

    Kelas akan dijalankan pada waktu petang bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam (hari bekerja).

    Kemaskini:: 12/10/2022 [haris_harun]

    FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-9769 6501
    03-9769 6576
    SXDTMAE~